Datin X: Ibu Minta Belas Ihsan Anak Selepas Diceraikan

Datin X, Popular

Datin X: Ibu Minta Belas Ihsan Anak Selepas Diceraikan

321

Dulu in the 80’s siapa tak kenal Ika? Di kalangan high society KL, dia memang cukup popular dan ada reputasi sendiri. Mentang-mentanglah bini orang bergelar, orangnya cantik dan pernah menjadi artis suam-suam kuku, berlakon dalam Drama Minggu Ini di channel RTM dulu-dulu. Dia pula jenis very outspoken and very opinionated. Kalau duduk bersembang dengan kawan-kawan di lounge PJ Hilton, ketawanya besar berdekah-dekah macam hendak beritahu semua orang yang dia ada disitu. Biasalah bila orang berduit, dia rasa diri dia penting. Tubuhnya cuma dibaluti Versace top-to-toe, kereta yang dipandunya Porsche, penuh bergaya setiap kali dia sengaja parkir betul-betul di hadapan lobi hotel. Tapi itu cerita dulu.


Mainan takdir memang penuh dengan kejutan. Ika hari ini sudah enggan lagi bergaul dengan kawan-kawan lamanya. Mungkin segan sebab sekarang dia sudah diceraikan. Mengapa Datuk tinggalkan dia? Obviously, untuk perempuan yang lebih muda. Sebab kedua, leteran Ika membuatkan suaminya tawar hati. Lagi menyakitkan bila Ika mengugutnya mahu sebahagian harta pencarian. Tapi bak kata Datuk, “Setakat debat di kandang mahkamah, pejam mata pun I boleh menang.” Ika rasa dia boleh menang court case tapi dia lupa suaminya orang politik. Tapi lebih membuatkan Ika segan ialah apabila dia kalah di Mahkamah Syariah dan ditinggalkan tidak berharta. Awalnya dia seperti meroyan bila gaya hidupnya berubah secara tiba-tiba.

Tak pernah bekerja seumur hidupnya, Ika hanya mampu meminta belas ihsan anak perempuan yang menerima wang belanja bulanan daripada si bapa. Hampir 10 tahun juga anaknya ‘menyara’ Ika. Sampailah suatu hari bila anak itu berumah tangga, segalanya sudah jadi lain macam. Duit belanja sekadar di bank-in saja. Bila anak Ika pindah keluar bersama suami, bermula episod Ika yang tiba-tiba kemaruk nak bercinta lagi. Orang tempatan kononnya tak cukup class, Mat Saleh yang menjadi buruannya. Bercinta bagai nak rak, tapi satu pun tak menjadi.

Ika patah hati dan akhirnya memakan diri. Di usia senja, kerunsingannya itu memberi kesan pada kesihatannya. Satu hari Ika dikejarkan ke hospital kerana mild stroke. Dinasihati doktor agar tinggal bersama ahli keluarga supaya dia lebih terjaga. Hendak tak hendak Ika terpaksa berpaling pada satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Si anak yang sudah pun beranak tiga, terpaksa akur lalu membawa ibu pulang ke rumah untuk tinggal bersamanya.

Ika tinggal di bilik berdekatan dengan bilik pembantu rumah. Fikir Ika, mungkin anaknya mahu orang gaji rumah itu kerap menjenguknya. Tapi selepas beberapa bulan, sangkaan Ika sama sekali salah, dia sering dibiarkan keseorangan. Ika seperti orang luar, biarpun tinggal di rumah anak sendiri. Menantu yang dulu ramah, sekarang sudah buat endah tak endah. Anak sendiri pula asyik sibuk memanjang kononya banyak kerja. Orang gaji pula sememangnya cuma ditugaskan untuk menjaga anak-anaknya sahaja. Jadi Ika? Tunggul di rumah, tiada siapa nak kisah.

Sebab suami isteri berjawatan besar, selalulah mereka entertain klien dan makan di luar. Kata lain, dapur rumah jarang sangatlah berasap. Ika di rumah sering dibiar kelaparan. Pembantu rumah cuma boleh sediakan apa yang termampu saja. Bila Ika mengadu pada anaknya, mereka suami isteri buat acuh tak acuh sahaja. Kata Ika, “Kalau I ada kederat, dah lama I keluar dari rumah ni. Tapi nak jalan pun kena bertongkat. Apakan daya…” Kesedihannya Datin X dapat rasakan. Sebab dengar ceritanya lagi, Ika sampai pernah meminta orang gaji jiran sebelah belikan barang dapur supaya pembantu rumah anaknya dapat masakkan makanan untuknya. Kesian sungguh! Ini bukan cerita tipu. Memang benar-benar berlaku.

Apalah masalah anak perempuan itu sampai sanggup membiarkan ibu sendiri kelaparan. Pernah teman baik Ika pergi menyerang anak itu, memarahinya sebab memperlakukan ibu sendiri sebegitu rupa. Jawab si anak, “Aunty tahu kan Mummy tu macammana orangnya? Always complaining! Habis dia cerita dekat semua orang hal dalam rumah, selalu pula tu bawa cerita yang bukan-bukan pasal my family. Hubby asked me to tell her to move out, but I don’t have the heart. Serba salah rasanya…” Luahan hati anak perempuan Ika yang boleh juga diterima, mengenali kerenah si ibu yang teramat ‘vokal’ sekali orangnya. “So, habis tu apa kesudahannya, takkan nak biarkan dia begitu?” Luah hati mak, telan mati bapak. Anak Ika hanya mampu berdiam diri.

Hari ini, apa yang Datin X dapat tahu, keadaan Ika masih sebegitu. Ada saja modal nak bertengkar dengan anaknya dan masih merajuk bermasam muka dengan menantu. Katanya sekarang, semuanya disebabkan pengaruh menantu, anak kesayangannya kini berubah tidak seperti dulu. Tak tahulah sampai bila keadaan akan terus sebegitu, cuma Datin X doakan Ika sembuh cepat supaya bolehlah dia keluar saja dari rumah anaknya itu. Bergaduh macammana pun, hak anak perempuannya tetap di tangan suami. Suka atau tidak. Dan dosa menantunya itu, biarlah Tuhan saja yang membalasnya.

Your email address will not be published. Required fields are marked *