Datin X: Datuk Simpan 'Anak Ikan' - Glam Malaysia

Datin X: Datuk Simpan ‘Anak Ikan’

Seronokkan bila dah berusia hampir separuh abad pun suami masih tidak kekok pegang tangan kita, belai kita dengan kasih sayang walaupun depan orang? Seperti pasangan Datuk dan Datin ini, yang Datuk agak berusia tapi Datin masih lagi dalam awal 30-an. Bak merpati dua sejoli, kedua-duanya very oh so loving dan tak segan nak PDA (public display of affection) di khalayak ramai biarpun ada kalanya boleh mendatangkan rasa meluat di kalangan teman-temannya. Bukan Datin X jealous okey… tapi sangsi. Sangsi pada si Datuk tadi yang Datin X dan kawan-kawan lain syak bukan lelaki ‘sejati’!

 

Dari lenggok badan serta gaya percakapan, Datuk ini memang boleh dikategorikan sebagai lelaki ‘lemah-lembut’. Bukan sahaja sifat yang lembut tapi kulit wajahnya pun mulus bersih berbedak, kalah orang perempuan! Bersama Datin, Datuk rupanya pengunjung setia salun dan spa-spa kecantikan selain rajin ke gym untuk ‘buat badan’. Sebab itulah body Datuk buff semacam, apalagi dia gemar berbaju ketat untuk menayang ketulan-ketulan di lengan dan dadanya.

See also
Sazzy Falak, The It-Woman

Setiap kali terserempak dengan Datuk ini, tak pernah sesekali dia berpenampilan ‘biasa’ seperti kebanyakan lelaki lain walau di hari minggu sekalipun. Baju yang dipakai semuanya ada cop designer brand. Lambang kuda bertempek besar di bahu, tali pinggang buckle ‘H’ sebesar alam, kasut loafer hijau merah dengan simbol double ‘G’. Datin pernah bercerita, “My husband ni cerewet. Kalau I boleh bersiap in less than 30 minutes, he needs more than an hour. Mana kemeja yang elok padanannya dengan sut yang mana… nak pilih kasut lagi, jam tangannya lagi, kafling dan macam-macam lagilah! Kalau seluarnya pink maka kemejanya pun mesti nak pink juga!” Tersenyum sendiri Datin X setiap kali teringat statement Datin ini.

Kalau orang bisnes suka bertanggak di lobi-lobi hotel untuk sembang pasal perniagaan, Datuk pula lebih minat lepak di kafe-kafe moden bersama rangkaian lelaki muda yang tiada kena mengena dengan ruang lingkup bisnesnya. Duduk bersembang sehingga larut malam sampai ada kalanya tidak pulang, juga ada khabar memberitahu yang Datuk ini amat ringan tangannya menghulur duit poket buat kawan-kawan muda bujang trang tang tang yang selalu hang out dengannya. Kemesraan lain macam sampai ramai mengesyaki yang Datuk ni sebenarnya sponsor ‘anak-anak ikannya’! Eee… geli-geleman Datin X memikirkan tabiat manusia hari ini yang sungguh terbuka melawan fitrah alam. Paling kasihan, tentulah isterinya. Ramai hairan bila Datin langsung tak rasa janggal dengan fiil luar biasa suaminya. Paling tidak, takkanlah dia tak rasa pelik bila si suami keningnya sentiasa dicukur halus seperti wanita? Datin X percaya isteri itu tahu ada sesuatu yang tak kena tapi dia pretend buat-buat tak faham saja. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya… Orang jauh pun boleh syak wasangka apatah lagi dia yang tidur sekatil tinggal bersama!

See also
Alexander Wang Membawa Haluan Dari Balenciaga