Datin X: Akibat Tak Tahan Dimaki, Datin Sabotaj Bisnes Suami

Datin X: Akibat Tak Tahan Dimaki, Datin Sabotaj Bisnes Suami

DatinX9Gambar: Arkib GLAM

 
Beria-ria benar Datin Haslinda menelefon ajak brunch hari itu. Dari nada suaranya yang tak macam selalu, Datin X rasa ada sesuatu yang tak kena. Lagi pun Datin Haslinda kalau diajak keluar, dialah yang paling liat sekali. Pertemuan di Alexis, Ampang rupanya-rupanya turut disertai dua lagi kawan lama kami. Sebaik duduk, Datin Haslinda mula mencurahkan perasaan yang sudah lama terbuku dalam hatinya. Katanya sudah tak tahan lagi dengan suaminya dan ingin mencari jalan keluar.
 
Rupa-rupanya rumah tangga si Datin ini sudah lama bergelora sejak mula berumah tangga lagi, cuma baru-baru ini semakin berantakan. Orang di luar tak nampak sebab Datin Haslinda merahsiakan dari pengetahuan semua termasuk anak-anak. “Apa masalahnya? All these years you baru tahu yang husband you ada affair ke?” tanya teman di sebelah meneka tanpa rasa bersalah. “No, tak ada perempuan lain. Tapi… I dah tak tahan dengan mulut celuparnya, dengan peelnya, dengan mood swingnya.”
 
Sambungnya, “I saja nak kongsi rasa sedih, kecewa dan marah I yang I simpan selama ni. Sakit jiwa dibuatnya. Selalu memaki dan menghina dengan perkataan kesat; sengaja suka mengaibkan I depan semua orang. Just imagine, kopinya dihidangkan lambat seminit pun nak menengking menendang-nendang meja. Anak-anak main bising sikit, terus dia herdik I kata I ni ibu tak guna. Dimakinya sesuka hati macam hamba abdi. Kalau dicarutkan depan anak-anak, walau tak elok, tapi tak apa lagi. Sekarang ni dia dah mula marah-marah I tanpa segan silu depan mertua dan famili lain. Malu I tahu tak?!”
 
Tambah Datin Haslinda lagi, “Kadang-kadang I rasa macam nak mati. I sudah terbayangkan I packing baju sebab nak lari dari rumah, ada masanya I imagine masukkan racun dalam makanannya. Pernah sekali I nekad nak kelarkan saja lehernya kalau dia tak henti-henti lagi memaki… Astaghfirullah! Setiap kali I tersedar, I akan cepat-cepat mengucap panjang.” Ha, sampai begitu sekali terganggunya emosi Datin Haslinda. Dan dia bukan orang pertama yang pernah berkata sebegitu. Sebenarnya ramai lagi isteri-isteri di luar sana yang mengalami tekanan hinggakan berfikir nak buat yang bukan-bukan!
 
“So apa you nak buat? Sayang lah kalau nak bercerai dah tua-tua ni…” Datin X memberi pandangan. “Tak lah. I cuma nak buat husband I tu rasa sikit apa yang I rasa selama ni.” Kami saling berpandangan. “Contoh?” “I rasa macam nak sabotaj je business deal yang dia tengah sibukkan sekarang ni. Hmm… you all rasa macam mana? Tahu la I ni sekadar suri rumah dan cuma ‘letak nama’ saja dalam barisan senarai lembaga pengarah. Tapi… hei, I pun ada ‘kaki’ tau! Ingat I tak mampu buat?”
 
Sergah teman, “Eh, kalau business husband you merudum, you juga yang merana nanti!” Dengan muka penuh yakin mengukir senyum sinis, Datin Haslinda menjawab, “I memang nak tengok dia jatuh terduduk. Biarkan dia pula yang kena maki dengan rakan-rakan niaganya. I nak matikan egonya, nak malukan dia, biarkan air mukanya jatuh, biar dia segan nak keluar rumah. I couldn’t care less. Wang ringgit, harta benda dah tak ada maknanya lagi. Nak kaya macam mana lagi, betul tak? Hati ini lebih sakit, Tuhan saja yang tahu!
 
Waras ke tak kawan Datin Haslinda ni? Tapi itulah orang perempuan. Hargailah dia dan ucapkanlah kata-kata puji sekali-sekala buat penyedap hati. Jangan dicabar kesabarannya kerana itu bak menjolok sarang tebuan namanya. Seperti Datin Haslinda yang senyap-senyap berisi, kelak nanti rasanya memang hancur lebur bisnes si suami. Dalam lemah gemalainya, Datin Haslinda menyimpan dendam kesumat nampak gayanya. “Somebody needs to teach that male chauvinist a lesson!” Dalam hati, tak tahulah kenapa, Datin X bagaikan bersetuju dengan perancangan gila Datin Haslinda.
 
 

See also
GLAM Februari 2015