Terbelai Jiwa Bersama Haruman Tiffany & Co. Rose Gold Eau De Parfum - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Terbelai Jiwa Bersama Haruman Tiffany & Co. Rose Gold Eau De Parfum

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse


Apakah perkara pertama
terlintas mengenai Tiffany & Co. Rose Gold Eau de Parfum?

Haruman ini sendiri sangat menyerap jiwa feminin, malah ianya terlalu indah untuk terungkap. Tiffany & Co. Rose Gold Eau de Parfum adalah sebuah haruman klasik dan ramuan yang terkandung serba mewah yang diinterprestasi dalam ilham moden dan tersendiri.

Bagaimana pula dengan sumber inspirasi menerusi haruman yang ada cipta?

Apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai ilham inspirasi, ianya tidak terkawal dan bebas. Mungkin ia boleh   terinspirasi daripada sebuah lagu, menerusi gambar, memori, permandangan atau makanan?

Bahagian yang manakah menjadi pilihan anda sewaktu pemprosesan wangian ini?

Keseluruhan proses bermula dari permulaan mencari dan mendapatkan bahan-bahan kualiti terbaik dan kemudian menggabungkan semuanya untuk mencapai draf terakhir.

Menerusi pengalaman anda bergelar olfaktori, apakah ramuan pilihan anda?

Pilihan saya sudah tentu woody signature. Walaupun menggunakan wangian bunga sejati, saya sentiasa menerapkan elemen kayu untuk mencipta kontras unik dan hasilnya anda sendiri terpukau.

See also
Kecoh di TikTok, Apa Itu Gua Sha Dan Apa Fungsinya?

Apakah 5 bauan segar pilihan anda?

Rumput segar yang dipotong, kulit limau, bunga Jasmine segar yang dipilih sendiri, lilac dan lavender di rumah ayah saya.

Secara terperinci, haruman Rose Gold adalah seperti..

Rose gold aromanya seperti bunga ros moden serba cantik yang dikontras dengan pilihan eksklusif woods yang memberikan lapisan ekstra dalam memurnikan setiap aroma yang terkandung. Kenapa saya katakan haruman istimewa ini kerana ia menyuntik semangat energetik dan mengembalikan mood anda.

Apabila anda menghidu aroma ini apakah gambaran pertama terlintas di minda?

Layangan aroma Tiffany & Co. Rose Gold Eau de Parfum menangkap gambaran kegembiraan dan keriangan.

Menerusi nota wangian yang terkandung dalam haruman ini, yang manakah menjadi pilihan anda?

Paling meraih perhatian saya adalah intipati black currant buds yang saya bawakan dari Burgundy iaitu di tempat asal-usul saya. Keunikannya terletak pada kambing betina yang menuai bahan untuk mengekalkan kesegarannya. Esensi ros juga mempunyai kesegaran tersendiri dan punya kualiti terbaik dunia.  Akhir sekali, pilihan saya iaitu Pink Pepper kerana kepedasan dan kesegarannya bawa keunikan dan keterujaan pada wangian itu.

See also
Aroma Misteri Dan Sensual Cologne Intense