Sambutan Istimewa Perjalanan Capture Totale
Dengan lebih daripada 30 tahun penyelidikan saintifik, Dior Skincare meraikan kejayaan penyelidikan mereka untuk semua wanita dengan produk terbaru, Capture Totale C.E.L.L. Energy - the Super Potent Serum. Baru-baru ini di Oasis, The Gardens Mall Kuala Lumpur, Dior Skincare memberi peluang kepada pihak media, selebriti dan key opinion leaders, serta terbuka juga kepada khalayak ramai untuk alami dan mendalami sendiri penerangan lanjut tentang Dior Capture Totale Journey. Kini merupakan satu era baru untuk Super Potent Serum - Capture Totale, mampu mengembalikan semula sel induk kulit sebagai inovasi penjagaan kulit yang baru, berprestasi tinggi, dan lebih bermakna buat semua. Seperti yang diinginkan oleh Christian Dior sendiri, “Capture Totale is a genuine promise of happiness for women”.
Lebih daripada hanya penjagaan kulit semata-mata, dan lebih baik daripada kepentingan dalam menentang peranan dan faktor umur, Capture Totale adalah merupakan pengembaraan jangka panjang. Ia dijadikan sebagai garis penjagaan kulit revolusioner yang selaras dengan semangat perintis Rumah Dior. Lihat foto-foto di bawah untuk menyaksikan gelagat-gelagat tetamu yang hadir dan bagaimana Dior Skincare di Malaysia meraikan sambutan istimewa ini dengan pemasangan hebat menggabungkan ilusi makmal Dior di Shanghai serta keindahan The Dior Gardens.
Pilihan Bacaan Seterusnya
5 Destinasi Resort Mewah Di Pulau Malaysia
May 19, 2026
Ini Kamera Poket Paling ‘Chic’ Buat Solo Traveler
May 19, 2026
Kempen Trade-In Samsonite Buat Gaya Jet-Setter!
May 19, 2026
Hijab Ikon: Dolly Dalilah Pilih Wellness Sebagai Self-Love
May 18, 2026
Sentuhan Hollywood Klasik Buat Pertunjukan Dior Cruise 2027
May 18, 2026
Puteri Gunung Ledang The Musical Lebih Daripada Sekadar Comeback
May 18, 2026
Pasangan Selebriti Yang Mengikat Tali Pertunangan 2026
May 18, 2026

