Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Setiap Wanita Perlu Cuba

Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan tahun yang ke-66 kali ini, GLAM Cantik ingin mengembalikan semula nostalgia tentang rawatan atau rutin kecantikan secara tradisional.

Seperti yang kita tahu, rutin penjagaan diri sejak zaman nenek moyang kita lagi sudah ada. Kecantikan menjadi suatu perkara yang sangat didambakan buat para wanita dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana ianya merupakan aset yang penting.

Bermula dengan rawatan kecantikan secara tradisional sehingga lah produk yang terhasil dengan teknologi terkini. Produk-produk kecantikan kini juga semakin canggih dengan bahan-bahan yang diuji kaji secara saintifik yang dapat menghasilkan keberkesanan yang lebih lagi dan selamat untuk diguna pakai.

Walau bagaimanapun, masih ada yang memilih rawatan kecantikan secara tradisional sebagai pilihan hati kerana ianya lebih selamat, murah dan berkesan. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi, GLAM ingin berkongsikan tentang pelbagai rawatan kecantikan secara tradisional yang boleh anda cuba di rumah!

Ini Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Yang Boleh Anda Cuba

1. Melebatkan Rambut

Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka

Ramai yang mengimpikan untuk mempunyai rambut yang lebat, sihat dan panjang. Buat pengetahuan anda, rawatan kecantikan secara tradisional ini seperti memetik jari sahaja kerana ianya sangat mudah untuk dicuba di rumah!

See also
Tyra Banks Kembali Kepada ANTM & Tiada Lagi Had Umur

Siapa sangka, serai yang selalunya digunakan sebagai bahan memasak rendang turut boleh membantu dalam penjagaan kecantikan rambut.

Cara: Ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga lerai dan pecah. Kemudian, rebus serai sehingga mendidih. Apabila air serai menyejuk, sapukan pada rambut sehingga sekata. Rutin ini juga boleh dilakukan dengan meramas pada bahagian kulit kepala. Lalu, biarkan selama satu hingga dua jam dan bilas dengan air seperti biasa.

2. Memutihkan Gigi

Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka

Bagaimana zaman nenek moyang kita memutihkan gigi mereka sebelum adanya ubat gigi? Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memutihkan gigi secara tradisional.

Salah satunya adalah dengan menggunakan garam. Ya, tepat sekali. Dengan hanya menggunakan garam, anda boleh dapatkan gigi yang putih bersinar!

Cara: Ambil garam halus sebanyak satu sudu. Campurkan titisan air pada garam sekadar melembapkan. Kemudian, gosokkan pada gigi mengunakan jari atau berus gigi. Kumur dengan air biasa untuk bilas dan ulang sehingga satu atau dua minggu untuk lihat perubahan hasil.

See also
Idea Solekan Minimalis Dari Runway

3. Mengatasi Kulit Kering

Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, sudah tentu rawatan secara tradisional boleh mengatasinya. Lidah buaya merupanya bahan semula jadi yang digunakan sejak dulu lagi sebagai bahan pelembap.

Selain itu, bahan aktif dalam lidah buaya juga terbukti memberi kesan yang mampu mencegah penuaan dalam masa yang sama mampu melembapkan kulit.

Cara: Belahkan daun lidah buaya dan ambil gel pada daun tersebut. Kemudian, sapukan pada kulit yang terasa kering selama 15-20minit selama beberapa minggu. Lihatlah hasilnya sendiri!

4. Menghilangkan Bau Badan

Petua orang dulu-dulu, mereka menggunakan limau purut sebagai lulur bagi mengatasi bau badan. Limau purut mempunyai sifat sitrus yang kaya dengan vitamin C, turut berfungsi sebagai anti pengoksidaan.

Memberi keberkesanan untuk membunuh bakteria sekali gus menyuntik aroma menyenangkan pada badan. Petua ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai alahan pada bahan pewangi.

Cara: Ambil tiga atau empat biji limau purut dan kisarkan. Kemudian, ambil sengenggam beras beras lalu disangai sehingga kekuningan. Kisar sampai halus beras yang sudah disangai. Campurkan kedua-dua bahan dalam satu bekas dan lulur siap untuk digunakan!

See also
Memperkenalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza

5. Wajah Licin Berseri

Kulit yang licin berseri semestinya didambakan oleh semua orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Zaman nenek moyang kita dahulu, turut mempunyai rutin kecantikan mereka yang membantu untuk memiliki kulit cantik berseri. Beras merupakan salah satu bahan semula jadi yang diguna pakai!

Cara: Basuh beras beberapa kali dan toskan airnya. Kemudian, goreng tanpa minyak hingga hangus dan tumbuk sehingga halus menjadi serbuk. Beras yang sudah ditumbuk, boleh disimpan di dalam botol. Apabila mahu menggunakannya, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Lantas, gosok dan urut muka lalu biarkan ia mengering. Setelah itu, cuci muka sehingga bersih dengan air biasa.

Lakukan rutin kecantikan secara tradisional ini beberapa kali untuk hasil yang menakjubkan!

Artikel Berkaitan: Rawatan Kuku Tradisional