Kata Pakar Capture Totale Serum Ini Meremajakan Kulit Wajah-Glam Malaysia

Kata Pakar Capture Totale Serum Ini Meremajakan Kulit Wajah

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

SEMBANG CANTIK BERSAMA PATRICK CHOISY (HEAD OF NATURAL MATERIALS & SUSTAINABLE DEVELOPMENT INNOVATION-LVMH RECHERCHE) & VIRGINIE COUTURAUD (PARFUMS CHRISTIAN DIOR SCIENTIFIC COMMUNICATION DIRECTOR)

Dalam istilah ringkas, bagaimanakah anda menerangkan mengenai peranan sel stem dalam tisu kulit?

Jika anda tidak mempunyai sel stem, kerosakan di sekitar tisu kulit akan mula kelihatan kerana kulit sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar. Oleh itu, anda perlulah sentiasa mempunyai bekalan sel stem berterusan kerana sel ini akan melindungi kulit daripada kemerosotaan tisu yang berada di dalam kulit dan penuaan.

Revolusi floral science untuk Capture Totale juga melalui transformasi.

Mengapa kehadiran protein keratin itu penting dalam menjaga kesuburan kulit wajah?

Keratin ibarat satu komunikasi penting. Setiap sel menghasilkan beberapa jenis keratin seperti di sel epidermis. Prosesnya sama seperti anda menjumpai sel kanser dalam badan, semuanya melalui jenis keratin yang hadir. Kami perlu mengkaji jenis keratin dalam sel kulit barulah melengkapi kajian. Termasuklah sel stem yang bertindakbalas terhadap protein. Ini memberi rangsangan kepada keratin seperti berkomunikasi antara dua induk utama.

See also
Rouge Dior & Mono Couleur Couture Edisi Terhad

Apakah transformasi proses antara sel Alpha dan sel Beta yang menyumbangkan kepada efek kulit bersinar dan sihat?

Kami beranggapan bahawa sel Beta sudah mula kekurangan kapasiti dalam menghasilkan kolagen. Sehingga menemui bunga Longoza dapat menetapkan semula sintesis protein, oleh itu kami menukar kepada sel Alpha dan prestasinya sangat mengagumkan kerana ianya kaya dengan kalsium dan proses ini menghidupkan molekul pada kulit wajah.

Bagaimana anda membuat takrifan bahawa teknologi sel stem sangat berguna dalam proses pembuatan kosmetik?

Segalanya bermula pada 1993, hanya sekadar mengkaji sel ini secara ringkasan sehinggalah menjumpai bahawa sel stem merupakan esensi utama dan kunci utama dalam menangani masalah penuaan. Kajian demi kajian melalui pelbagai proses sehinggalah ke generasi baharu. Seperti revolusi floral science yang juga melalui transformasi. Kini segalanya berkaitan dengan kelestarian produk.

Artikel berkaitan Capture Totale Le Sérum Rahsia Keremajaan Kulit Abadi