GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioSolekan malar segar yang lagi berseri YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di malam Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan. Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan menerima sentuhan magis oleh jurusolek Jijie Zainal. Rambut YAM Tengku Puteri Iman Afzan didandan oleh Shasya Balqisya dan menyarung persalinan dari Yadotsa.
Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan yang ditunggu-tunggu telah tiba dan berlangsung di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang. Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah kini sah bergelar suami kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada tanggal 24 Oktober 2024.
Turut menarik perhatian, YAM Tengku Puteri Iman Afzan yang kelihatan terserlah disebalik sentuhan magis jurusolek terkenal, Jijie Zainal. GLAM singkapkan cerita menarik disebalik sesi solekan eksklusif ini.
GLAM mendekati jurusolek terkenal, Jijie Zainal yang telah menyolek wajah manis YAM Tengku Puteri Iman. Ikuti perkongsian Jijie Zainal mengenai rahsia sentuhan solekan Tengku Puteri Iman untuk Istiadat Pernikahan.
Untuk wajah manis Tengku Puteri Iman, saya mengambil inspirasi solekan malar segar dari negara jiran, Thailand. – Jijie Zainal

Untuk Istiadat Pernikahan Diraja, Jijie Zainal rias wajah Tengku Puteri Iman dengan elemen solekan ala Thailand yang telah menyerlahkan wajah Tengku Puteri Iman. Untuk wajahnya pula, Jijie menggunakan bedak asas Giorgio Armani Designer Lift Foundation yang juga merupakan produk kegemarannya.

Giorgio Armani Designer Lift Foundation kod 3 yang digunakan oleh Jijie Zainal
Jijie Zainal turut berkongsi bahawa Tengku Puteri Iman menyukai Armani Beauty Prisma Glass kerana ia mampu membantu untuk mengekal kelembapan bibir. Di istiadat pernikahan ini, Jijie menyapukan gloss bibir yang warnanya berunsurkan merah jambu buat Tengku Puteri Iman, menggunakan produk kegemarannya, Prisma Glass.

Untuk dandanan rambut Tengku Puteri Iman, Shasya Balqisya menggunakan Schwarzkopf dan mengaplikasikan dandanan yang simple, menyerlahkan lagi penampilannya keseluruhan di Istiadat Pernikahan Diraja.
Artikel berkaitan: GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
