Buah Gardenia, Manfaat Pencerahannya Diiktiraf Chanel - Glam Malaysia

Buah Gardenia, Manfaat Pencerahannya Diiktiraf Chanel

“Ekstrak buah gardenia adalah ramuan yang dihasilkan secara semula jadi yang sangat menarik. Dengan meningkatkan pengeluaran asid amino, ia membantu menghidrat kulit. Oleh itu, kami menggabungkan alam dengan keberkesanan, memanfaatkan sifat ekstrak buah gardenia dan sifat teknikal TXCTM, ” jelas Nobuhiro Ando, Pengarah Pusat Penyelidikan CHANEL di Jepun. 

Dengan formula eksklusif yang dipatenkan, Chanel menerusi produk terbarunya, LE BLANC Sérum memberikan tindakan pencerahan paling lengkap yang pernah dikembangkan oleh CHANEL Research. Ia meresap dengan baik setiap aspek, bahan aktifnya yang sangat berkesan, teksturnya yang halus dan licin serta keberkesanannya terbukti. Pada tahun 2021, CHANEL melancarkan data baru mengenai molekul TXCTM, dan digabungkan dengan bahan aktif sebagai penambah kelembapan baharu iaitu ekstrak buah gardenia. 

Buah gardenia untuk himpunan ini dipetik dari Pulau Yakushima, iaitu sebuah kawasan kepulauan yang dijaga rapi oleh UNESCO, yang mana ia merupakan antara kawasan yang mendapat perlindungan dari UNESCO dalam menjaga keindahan dan keselamatannya dari sebarang pencemaran atau anasir yang boleh merosakkan kecantikan pulau ini. 

See also
Yang Glamor dan Terkenal Di Chanel Metiers d’Art Show 19/20

Gabungan bahan aktif pelengkap ini mengaktifkan semua faktor yang menyumbang kepada cahaya kulit. Kulit kelihatan lebih menyerlah secara keseluruhan: ia lebih lembap, lebih anjal, bercahaya dan lebih berseri-seri. Teksturnya halus, yang memungkinkannya memantulkan cahaya dengan lebih baik. LE BLANC Sérum membuat wajah Lebih glowing, tidak lagi kusam.

Semenjak pertama kali diperkenalkan 10 tahun yang lalu, himpunan Chanel LE BLANC telah merevolusikan dunia pencerahan kulit dengan mencipta molekul yang sangat berkesan dan boleh diterima dengan baik iaitu TXCTM. LE BLANC telah mencapai kejayaan besar dalam 10 tahun ini hasil 10 tahun penyelidikan dan 10 tahun membelai kulit agar sihat dan berseri.

Pada tahun 2011, setelah sembilan tahun menjalankan penyelidikan, pengembangan TXCTM berjaya menemui kajian dalam mengawal kesan pigmentasi kulit. Ia bertindak menentang tujuh faktor utama yang menghasilkan melanin (faktor yang merubah warna kulit). Setiap langkah utama sintesis melanin sentiasa dikawal untuk memastikan kulit kelihatan sekata dan cerah. 

Artikel Berkaitan: “Selalu Ingatkan Diri, Setiap Orang Itu Berbeza,”- Bay Doucet

Artikel Berkaitan: Dolphin Skin, Terma Solekan Baharu Mesti Kamu Ketahui

See also
Wangian Ikonik Sepanjang Zaman

URUTAN WAJAH

Untuk memaksimumkan manfaat rangkaian Le Blanc ini, Chanel memperkenalkan tiga langkah urutan wajah. 

Pertama: Menenangkan Kulit

Untuk menenang dan melegakan kulit anda, urut wajah dengan gerakan bulat perlahan dengan telapak tangan anda, bergerak dari pusat ke arah luar. 

Kedua: Melembutkan

Menggunakan Bahagian tangan antara telapak tangan dan jari, urut wajah dengan gerakan membulat y untuk melembut dan menghaluskan tekstur kulit, bergerak dari tengah ke arah luar. 

Ketiga: Mencerahkan

Untuk merangsang cahaya semula jadi kulit, gunakan jari telunjuk dan jari hantu anda untuk mengurut wajah dengan gerakan bulat yang cepat, bergerak dari tengah ke arah luar.