Charlize Theron Dedah Kisah Hitam Keluarga - Glam Malaysia

Charlize Theron Dedah Kisah Hitam Keluarga

Selebriti Hollywood, Charlize Theron mengakui bahawa dia tidak malu berkongsi kisah hitam yang pernah berlaku pada diri serta keluarganya. Dalam satu temu bualnya bersama NPR, Theron memberitahu bahawa ibunya terpaksa membunuh bapa di hadapan Theron yang ketika itu baru berusia 15 tahun demi mempertahankan diri.

Gambar: Deposit photos

Tambah Theron, bapanya seorang kaki botol dan pada hari kejadian pulang ke rumah membawa sepucuk pistol dan menyebabkan ibunya terpaksa mengambil tindakan untuk menyelamatkan dirinya dan Theron.

“Ibu bertindak sedemikian kerana mahu menyelamatkan kami berdua. Bapa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tidak berjalan dengan betul sambil membawa sepucuk pistolĀ  menuju ke arah kami berdua. Saya dan ibu kemudian bersembunyi dan bersandar pada pintu dan cuba menghalang bapa daripada masuk.

“Bapa kemudian telah melepaskan tiga das tembakan pada pintu dan kami bernasib baik kerana tiada satu peluru mengenai kami. Jadi ibu terpaksa membunuhnya untuk menyelamatkan nyawa kami berdua,” ujar pelakon Bombshell itu.

See also
Ini Dia Tip Kecantikan Eksklusif Daripada Top Model Kegemaran Anda!

Theron menambah, dia tidak berasa segan untuk menceritakan kejadian hitam yang melanda dirinya walaupun sudah bergelar selebriti malah mahu ia menjadi pengajaran buat sesiapa yang berdepan dengan situasi yang sama. Wanita itu turut menambah bahawa tiada memori lain yang diingati mengenai bapanya selain dia seorang yang mengalami ketagihan alkohol yang teruk.