Trend Kuku Musim Panas “Blueberry Milk Nails”
Inilah Pengilat Kuku Tepat Margot Robbie dalam Adegan Kasut Barbie
Angelababy Duta Baru Dior Makeup
Sembang Cantik Bersama Francis Kurkdjian Di Bangkok
Tips Persiapan Kecantikan Menjelang Lebaran 2025
Home > Cantik > Rambut Rosak Akibat Heat Styling? Cuba Heatless Curls!

Rambut Rosak Akibat Heat Styling? Cuba Heatless Curls!

Bagi wanita, alat penggayaan rambut seperti curling iron, straightener dan pengering rambut sememangnya menjadi penyelamat untuk mendapatkan rambut yang tampak terurus serta bergaya. Namun, penggunaan haba yang terlalu kerap boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering, rapuh, bercabang dan hilang kilauan semula jadi. Jika anda mula menyedari rambut kini menjadi semakin sukar diurus atau mudah gugur, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi rehat kepada rambut anda. Di sinilah trend heatless curls menjadi pilihan ramai. Teknik styling rambut tanpa haba ini bukan sahaja lebih mesra elektrik, malah mampu menghasilkan ikal yang lembut dan tahan lama. Tidak hairanlah ia terus menjadi trend di media sosial kerana mudah dilakukan di rumah tanpa memerlukan alat penggayaan yang mahal. GLAM kongsikan semua tentang heatless curls yang perlu diketahui anda, daripada manfaatnya kepada cara mendapatkan hasil ikal yang cantik tanpa merosakkan rambut!

Mengapa Heat Styling Boleh Merosakkan Rambut Anda?

Rambut Rosak Akibat Heat Styling? Cuba Heatless Curls!

Setiap kali rambut anda terdedah kepada suhu yang tinggi, lapisan kutikel pada rambut akan terbuka dan kehilangan kelembapan semula jadi. Lama-kelamaan, struktur rambut anda akan  menjadi lemah sehingga menyebabkan rambut mudah kusut, bercabang dan tidak sihat. Lebih membimbangkan, kerosakan akibat haba yang berulang sukar dipulihkan hanya dengan menggunakan syampu atau perapi biasa. Sekiranya anda menggayakan rambut menggunakan alat haba hampir setiap hari, risiko kerosakan rambut menjadi lebih tinggi, terutamanya jika tidak menggunakan pelindung haba terlebih dahulu.

Apa Itu Heatless Curls?

Rambut Rosak Akibat Heat Styling? Cuba Heatless Curls!

Heatless curls ialah teknik membentuk rambut beralun atau berikal tanpa menggunakan sebarang alat yang menghasilkan haba. Sebaliknya, rambut anda dililit menggunakan aksesori seperti satin curling ribbon, stokin, rod span atau penggulung lembut sebelum dibiarkan semalaman. Hasilnya ialah ikal rambut anda tampak lebih natural, lembut dan tidak membuatkan rambut kehilangan kelembapan. 

Cara Mendapatkan Heatless Curls Yang Cantik

1. Pastikan rambut anda hampir kering

Heatless curls berfungsi dengan lebih baik apabila rambut berada dalam keadaan sekitar 80 hingga 90 peratus kering. Rambut yang terlalu basah memerlukan masa yang lama untuk kering, manakala rambut yang terlalu kering pula sukar membentuk ikal.

2. Gunakan produk penggayaan ringan

Sapukan mousse ringan atau serum rambut sebelum melilit rambut. Produk ini membantu mengekalkan bentuk ikal selain menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus.

3. Pilih material satin atau sutera

Jika menggunakan curling ribbon atau penggulung, anda boleh pilih fabrik satin atau sutera kerana permukaannya lebih licin. Material ini mengurangkan geseran pada rambut, sekali gus membantu mengelakkan rambut kusut dan gugur ketika tidur.

4. Biarkan semalaman

Semakin lama rambut dililit, semakin cantik hasil ikalnya. Oleh itu, ramai memilih untuk melakukan heatless curls sebelum tidur dan membuka lilitan pada keesokan pagi.Teknik ini amat sesuai buat mereka yang mempunyai rutin harian yang sibuk, namun masih ingin tampil dengan rambut bergaya tanpa perlu meluangkan masa menggunakan alat haba seperti curling iron atau straightener

Artikel berkaitan: 7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun