fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
BOSS Masuki Era Baharu Lebih Berani
#HERStory: Diana Danielle Kongsi Rahsia Kekuatan Wanita
Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Lancôme
Dye Young, Live Longer
Walaupun Tidak Mahir Bersolek, Pastikan Ada 5 Item Ini
Home > Cantik > Visual Cantik Ji Hyo Twice Raih Perhatian

Visual Cantik Ji Hyo Twice Raih Perhatian

Transformasi gaya hidup sihat menaikkan Aura Ji Hyo.

penampilan terkini Ji Hyo kembali mencuri perhatian ramai. Kemunculannya di majlis pelancaran MILKTOUCH di London serta klip persembahan lagu “The Feels” bersama TWICE baru-baru ini menjadi topik hangat di media sosial. Ramai memuji penampilannya yang semakin fit, sihat dan berseri.

Workout Routine Yang Konsisten

Disebalik penampilannya yang semakin menawan, Ji Hyo mengekalkan disiplin dalam rutin kecergasannya. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ji Hyo berjaya melakukan perubahan positif terhadap gaya hidup yang lebih sihat dengan menggabungkan beberapa jenis senaman secara konsisten.  Antara senaman yang diamalkan adalah kardio bagi meningkatkan stamina, pilates bagi menguatkan otot, dan high-intensity workout yang memabantu kecergasan keseluruhan badan secara menyeluruh. Oleh itu, Ji Hyo berjaya membentuk tubuh yang lebih lean, toned dan abs yang jelas kelihatan. Boleh dikatakan menjadi badan idaman semua wanita!

Pemakanan Lebih Terkawal

Selain aktif dalam mebina badan idaman, Ji Hyo Juga mengamalkan diet pemakan yang lebih seimbang bagi mengelakkan pendekatan diet yang terlalu ekstrem seperti di tahun awal debutnya. Selain itu, Ji Hyo turut memberi perhatian kepada kawalan gula dalam darah kerana bagi beliau ini adalah salah satu aspek penting untuk memiliki tubuh badan yang fit dan sihat. Demikian itu, Ji Hyo lebih mengutamakan sayur-sayuran dan protein sebelum mengambil karbohidrat.

Inspirasi Buat Ramai

Transformasi Ji Hyo bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, malah beliau turut menjadi inspirasi kepada ahli TWICE yang lain dan juga peminat di seluruh negara. Oleh itu, beliau berjaya membuktikan diet yang lebih seimbang  dan tidak keterlaluan mampu memberi hasil yang mengagumkan jika dilakukan secara konsisten.

Artikel Berkaitan: Tampilan Busana Ariana Grande Di Konsert Jelajah Eternal Sunshine