fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sisi Prihatin Datuk Seri Siti Nurhaliza
LeAnn Rimes Tenggelam Dalam Depresi Disebabkan Covid-19
Pedih Ulu Hati: Jangan Abaikan Gangguan Kecil ini
Raikan Hari Kekasih Bersama Anantara Hotel, Resort & Spa
Tonton 5 Filem Ini, Buat Rasa Ingin Pergi Bercuti Sekarang Juga!
Home > Gaya Hidup > Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu

Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu

Hari perkahwinan bukan hanya sebuah majlis, tetapi titik pertemuan dua jiwa yang diraikan dengan penuh rasa, gaya dan makna. Diiringi destinasi perkahwinan yang istimewa, setiap detik berubah menjadi pengalaman yang lebih intim, indah dan bermakna.

Majlis perkahwinan adalah detik yang menggabungkan emosi, estetika dan kenangan di mana setiap pasangan ingin melihat kisah cinta mereka diterjemahkan dalam suasana yang paling sempurna. Dari cahaya lampu kota yang glamor hingga tiupan angin laut yang tenang, lokasi memainkan peranan besar dalam membentuk magis hari bahagia itu. Di Malaysia, pilihan lokasi perkahwinan hadir dalam pelbagai bentuk. Setiap satu membawa identiti tersendiri yang mampu menghidupkan suasana majlis dengan cara yang berbeza. Sama ada anda mengimpikan majlis elegan di hotel mewah, perkahwinan romantik di tepi pantai, setiap lokasi ini menawarkan pengalaman yang melangkaui kebiasaan dan mencipta memori yang sukar dilupakan. GLAM kongsikan deretan lokasi perkahwinan di Malaysia untuk hari bahagia anda. 

Ini Senarai Lokasi Perkahwinan Ekslusif Sekitar Malaysia!

1. Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur

Destinasi Perkahwinan Di Malaysia Untuk Hari Istimewa Anda

Glasshouse at Seputeh merupakan salah satu lokasi perkahwinan ikonik di Kuala Lumpur yang terkenal dengan konsep “urban glasshouse” yang moden dan elegan. Terletak di kawasan bukit Seputeh, lokasi ini menawarkan suasana yang unik dengan dinding kaca setinggi siling yang membolehkan cahaya semula jadi dan pemandangan hijau sekeliling menjadi latar utama majlis. Venue ini juga menawarkan ruang yang fleksibel untuk pelbagai jenis majlis, sama ada perkahwinan intim atau resepsi berskala besar. Dengan beberapa ruang utama seperti The Lawn, The Parlour dan The Grand Court, Glasshouse at Seputeh boleh disesuaikan mengikut konsep majlis yang diinginkan. Misalnya, daripada garden wedding yang romantik hingga ke majlis mewah yang lebih formal. Suasananya yang terang, minimalis dan berlatarkan alam semula jadi menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pasangan yang inginkan estetika moden tetapi tetap hangat.

2. The St. Regis Kuala Lumpur 

Destinasi Perkahwinan Di Malaysia Untuk Hari Istimewa Anda

The St. Regis Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi perkahwinan eksklusif di ibu kota yang sinonim dengan kemewahan bertaraf dunia. Terletak di Kuala Lumpur Sentral, hotel ini menawarkan Grand Ballroom yang luas dengan rekaan dalaman elegan, lengkap dengan lampu chandelier kristal, siling tinggi serta suasana moden yang mencipta aura majlis yang sangat grand dan sofistikated. Setiap sudutnya direka untuk memberi pengalaman visual yang mewah. Fasiliti seperti Bridal Salon, perkhidmatan butler, serta layanan perancang majlis profesional menambah lagi pengalaman premium untuk pasangan pengantin. Perkhidmatan katering di sini turut diperkemaskan dengan sentuhan chef bertaraf Michelin yang mengangkat pengalaman jamuan ke tahap lebih tinggi. Dengan kapasiti yang besar serta servis yang sangat terperinci, The St. Regis Kuala Lumpur menawarkan satu pengalaman penuh prestij yang meninggalkan memori mendalam untuk pasangan dan tetamu.

3. The Ritz-Carlton, Langkawi

Destinasi Perkahwinan Di Malaysia Untuk Hari Istimewa Anda

The Ritz-Carlton merupakan sebuah resort mewah bertaraf dunia yang terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi Langkawi, di mana hutan hujan tropika bertemu dengan panorama Laut Andaman yang tenang. Direka dengan inspirasi warisan tempatan dan seni bina moden, resort ini menawarkan suasana perkahwinan yang mewah, intim dan penuh ketenangan. Untuk majlis perkahwinan, The Ritz-Carlton Langkawi menyediakan pelbagai pilihan lokasi termasuk pantai persendirian, pavilion terbuka dan ruang dalaman yang boleh disesuaikan mengikut tema majlis. Dengan layanan peribadi bertaraf tinggi serta pengalaman hospitaliti yang teliti, setiap perincian majlis diuruskan dengan penuh eksklusif. 

4. Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu 

Destinasi Perkahwinan Di Malaysia Untuk Hari Istimewa Anda

Shangri-La Rasa Ria merupakan salah satu resort di Sabah yang menyajikan pengalaman perkahwinan berlatarkan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Terletak di Pantai Dalit, resort ini dikelilingi oleh pantai berpasir panjang, hutan tropika yang subur serta pemandangan Laut China Selatan yang menawan. Suasananya yang tenang dan luas menjadikannya lokasi ideal untuk majlis perkahwinan berkonsepkan destinasi romantik yang lebih intim dan dekat dengan alam. Resort ini turut menawarkan pelbagai pilihan pakej perkahwinan buat bakal pengantin. Gabungan landskap semula jadi yang menenangkan dan layanan bertaraf antarabangsa menjadikan Shangri-La Rasa Ria lokasi perkahwinan bersama pengalaman yang sarat emosi dan keindahan yang sukar dilupakan.

5. Suffolk House, Pulau Pinang

Suffolk House merupakan salah satu lokasi perkahwinan di George Town yang menyatukan elemen sejarah kolonial dengan suasana elegan yang sukar ditandingi. Dibina pada awal abad ke-19, bangunan bersejarah ini menampilkan seni bina Georgian yang klasik dengan sentuhan Anglo-Indian, lengkap dengan tiang besar, lantai kayu dan taman hijau yang luas sekaligus menjadikannya latar sempurna untuk majlis perkahwinan yang berkonsepkan klasik dan romantik. Sebagai lokasi perkahwinan, Suffolk House menghadirkan suasana yang intim dan eksklusif, sesuai untuk majlis berskala kecil hingga sederhana yang menekankan estetika dan pengalaman. Sama ada diadakan di ruang dalaman yang penuh nostalgia atau di taman luar yang dikelilingi kehijauan, setiap majlis di sini membawa aura klasik yang sangat mempesona. Gabungan sejarah, seni bina warisan dan suasana tenang menjadikan Suffolk House sebuah pentas indah untuk merakam detik cinta yang abadi.

Artikel berkaitan: GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner