fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Brad Pitt Dituduh Melakukan Keganasan Terhadap Dua Cahaya Matanya
Ombak Festival 2025 Ada Joss Stone, Diskoria Dan Ramai Lagi
Hidangan Mewah Sempena Valentine’s Day
Pewaris Takhta Denmark, Putera Joachim Ikut Jejak Langkah Putera Harry
GLAM Exposé: Revenge Porn: Video Seks, Senjata Ugutan & Bahan Balas Dendam
Home > Gaya Hidup > Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT

Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT

Ada perkara yang kita hanya sedar nilainya bila ia benar-benar diuji. Rasa yakin ketika memandu adalah salah satunya.

Itulah yang cuba diangkat dalam Volvo Car Malaysia menerusi Volvo SELAMAT Driving Experience, satu pengalaman yang bukan sekadar memperkenalkan teknologi keselamatan, tetapi mengajak kita memahami semula apa maksud sebenar ‘rasa selamat’ di jalan raya.

Bersama GLAM, pengalaman ini turut disertai oleh Rita Nadira, yang meluangkan masa untuk merasai sendiri bagaimana teknologi keselamatan moden boleh mengubah cara kita memandang pemanduan harian.

Pengalaman ini dimulakan dengan sesi taklimat, di mana konsep keselamatan diterangkan bukan sekadar sebagai ciri kenderaan, tetapi sebagai satu pengalaman menyeluruh di atas jalan raya.

Sesi kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada SELAMAT Calculator, satu pengalaman interaktif yang mengajak peserta melihat semula kehidupan harian dari sudut yang lebih reflektif. Tentang perjalanan, tanggungjawab dan apa yang sebenarnya dipertaruhkan setiap kali kita berada di jalan raya.

Sesi pemanduan di litar pula menjadi antara pengalaman paling menarik sepanjang program ini. Sebelum memulakan pemanduan, Rita terlebih dahulu diperkenalkan dengan asas pemanduan selamat termasuk posisi tempat duduk yang betul, cara memegang stereng serta bagaimana postur pemanduan yang tepat memainkan peranan penting ketika berada di jalan raya. Dari situ, sesi diteruskan dengan pelbagai simulasi pemanduan yang direka untuk memperlihatkan bagaimana sesebuah kenderaan bertindak balas dalam situasi berbeza.

Selama ini, ciri keselamatan seperti Automatic Braking System dan Electronic Stability Control mungkin hanya sesuatu yang kita dengar atau baca ketika melihat spesifikasi sesebuah kereta. Namun di litar ini, Rita berpeluang merasai sendiri bagaimana teknologi tersebut benar-benar bertindak dalam situasi sebenar.

Ketika simulasi brek kecemasan dilakukan, Automatic Braking System menunjukkan bagaimana sistem ini membantu memberikan tindak balas automatik apabila mengesan risiko perlanggaran. Apa yang sebelum ini kedengaran seperti satu ciri teknikal akhirnya terasa lebih nyata apabila dapat dialami sendiri dari tempat duduk pemandu.

Pengalaman itu diteruskan dengan simulasi selekoh dan perubahan permukaan jalan yang memperlihatkan bagaimana Electronic Stability Control membantu mengekalkan kestabilan dan kawalan kenderaan. Dalam situasi yang mencabar, teknologi ini memberikan rasa lebih yakin dan terkawal, menjadikan keseluruhan pengalaman pemanduan terasa lebih selamat dan meyakinkan.

Sepanjang program, apa yang paling ketara bukan sekadar teknologi yang diperkenalkan, tetapi bagaimana setiap elemen disusun untuk membentuk satu kesedaran yang lebih mendalam tentang keselamatan di jalan raya.

Dan di situlah makna SELAMAT terasa lebih jelas.

Bukan sekadar sampai ke destinasi, tetapi bagaimana perjalanan itu sendiri memberi rasa dilindungi sepanjang jalan.

Artikel berkaitan: Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang