fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini
Masih Mencari Pasangan Hidup? Ini 8 Kriteria Si Dia Perlu Di Ambil Kira
10 Mac Ini, Sudahkah Anda Bersedia Untuk THE GLORY Part 2?
Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000
Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Home > Gaya Hidup > Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri

Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri

Manis dan menghiburkan, rangkaian filem romantik komedi ini menjadi pilihan sempurna untuk anda yang ingin menikmati kisah cinta yang mencuit hati. 

Di kala kehidupan harian terasa terbeban dan dipenuhi tekanan, kita pasti akan mencari aktiviti untuk melepaskan stres dan menenangkan fikiran. Menonton filem sama ada berseorangan atau bersama insan tersayang menjadi aktiviti ideal, terutamanya menyaksikan cerita cinta yang buat kita tersenyum tanpa sedar. Di situlah filem romantik komedi selalu jadi pilihan kerana ia penuh dengan momen manis dan dialog yang mencuit hati. GLAM senaraikan 7 filem romantik komedi yang pasti membuat anda meninggalkan senyuman yang terukir sendiri di bibir.

Ini 7 Filem Romcom Lokal Untuk Anda Yang Hopeless Romantic!

1. Pasal Kau! (2020)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Pasal Kau! adalah sebuah filem romantik komedi tempatan yang memaparkan kisah cinta moden dengan sentuhan penuh humor. Mengisahkan Aiman yang dilakonkan oleh Hairul Azreen dan Jane dibintangi oleh Janna Nick, 2 pekerja hotel yang tidak menyangka hubungan profesional mereka bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna apabila sebuah hotel mewah di tepi pantai tiba-tiba dijadikan tebusan oleh sekumpulan penculik. Dalam suasana tegang yang tidak dijangka, kedua-duanya mula menyedari perasaan sebenar yang selama ini terpendam di antara mereka. Ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober 2020, filem arahan Adrian Teh ini menggabungkan elemen romantik, komedi dan aksi ringan dalam satu penceritaan yang menghiburkan. Kisah ini boleh ditonton di platform Netflix.

2. 11 Cinta Sebelum Kamu (2025)

Mengangkat kisah Ray yang selepas melamar Khadeja, berdepan dengan bakal ibu mentuanya, Dato’ Shikin iaitu seorang ibu tunggal dan peguam terkenal yang tanpa disangka telah menyelidik latar belakang silamnya. Demi mendapatkan restu perkahwinan, Ray dikenakan satu syarat yang tidak mudah iaitu dia perlu berjumpa semula dengan kesemua 11 bekas teman wanitanya untuk memohon maaf, dan merakam setiap detik kemaafan yang diberikan lalu menghantarnya kepada Dato’ Shikin dalam tempoh 30 hari. Diterajui oleh Fattah Amin, Liyana Jasmay, Maria Farida dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 15 Februari 2025 dan pasti membuat anda tersenyum sendirian.

3. Cun! (2011)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Dilakonkan oleh Remy Ishak sebagai Atan dan Maya Karin sebagai Luna Latisya, filem ini padat bersama detik mencuit hati dan romantis. Mengisahkan seorang pengacara televisyen terkenal yang membawa diri ke sebuah desa terpencil di Kedah selepas kecewa apabila mengetahui tunangnya, seorang bintang filem popular, berlaku curang dengan seorang pelakon baharu. Di desa tersebut, dia mula menyesuaikan diri dengan kehidupan yang tenang dan sederhana, malah tanpa disangka mula tertarik dengan seorang pemuda kampung. Sepanjang berada di sana, pelbagai insiden lucu dan menarik berlaku sebelum akhirnya dia ditemui semula oleh pihak penerbit dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Diarahkan oleh Osman Ali, diterbitkan pada 31 Mac 2011

4. Gol & Gincu (2005)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Sebuah filem komedi romantik sukan Malaysia 2005 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communicationsfilem ini diinspirasikan daripada filem komedi Legally Blonde (2001) dari Amerika Syarikat. Kisah ini mengangkat cerita seorang gadis manja iaitu Putri yang pada asalnya berminat dengan fesyen kemudian mula bermain futsal untuk mengejar cinta. Putri merupakan seorang pelajar kolej yang bertekad untuk menawan kembali bekas teman lelakinya. Menampilkan barisan pelakon seperti Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre, filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005. 

5. Sejoli: Misi Cantas Cinta (2014)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Diarahkan oleh Osman Ali, filem ini menampilkan Maya Karin dan Bront Palarae sebagai teraju utama. Kisahnya mengikuti Gina dan Joe yang melakukan perjalanan ke Phuket untuk mencari ketenangan dan refleksi diri selepas masing-masing dikecewakan oleh pasangan mereka. Dalam proses memulihkan hati yang terluka, mereka menemukan ruang untuk saling memahami dengan berkongsi pengalaman serta luka daripada hubungan silam. Filem ini mengupas tema cinta dan pengkhianatan serta diselitkan dengan elemen humor. 

6. Cinta Kura-Kura (2012)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Cinta Kura-Kura adalah sebuah sebuah filem komedi romantik bersama elemen fantasi yang diarahkan oleh Nizam Zakaria sebagai karya filem pertamanya, serta diterbitkan oleh KRU Studios pada tahun 2012. Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafril dan Zizan Razak, filem ini sarat dengan momen mencuit hati serta elemen romantik yang ringan, cukup untuk membuat penonton tersenyum sendiri sepanjang tontonan.

7. Manisnya Cinta Di Cappadocia (2014)

7 Filem Romantik Komedi Lokal Yang Akan Membuat Anda Tersenyum Sendiri

Manisnya Cinta di Cappadocia ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia tahun 2014 arahan Bernard Chauly yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud. Filem ini mengisahkan Ifti Liyana yang terperangkap dalam dilema cinta apabila hadirnya 3 lelaki dalam hidupnya, iaitu Fredo, Bahkhtiar dan Nazmi, yang masing-masing membawa makna tersendiri dalam perjalanan emosinya. Segalanya berubah selepas pertemuannya dengan Nazmi di Cappadocia, Turki. Ditayangkan pada 11 Disember 2014, filem ini turut meraih dua kemenangan daripada sepuluh pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27.

Artikel berkaitan: Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemandu E-Hailing