fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
MOSCHINO Donna Womenswear Collection Spring 2023 -Livestream from Milan
Kempen Fesyen Yang Menyinari Tahun Baru Lunar 2025
Sinar Ramadan Bersama Swarovski
Metamorfosis Bulgari Dengan Koleksi Arloji SERPENTI
Live Streaming: DIOR Musim bunga/panas 2020
Home > Fesyen > Gaun Robert Wun Menawan Karpet Merah Met Gala 2026

Gaun Robert Wun Menawan Karpet Merah Met Gala 2026

Daripada gaun ‘tangan ketiga’ Lisa BLACKPINK yang tular hingga headpiece perak Ananya Birla, Robert Wun secara rasmi menawan Met Gala 2026. 

Met Gala 2026 bakal dikenang sebagai malam di mana sempadan antara pakaian dan arca menjadi kabur. Di bawah tema “Costume Art”, seorang figura genius dari Hong Kong berjaya membuktikan pengaruhnya. Inilah era Robert Wun, arkitek fesyen yang bukan sekadar menjahit, malah mengukir naratif baharu di atas karpet merah paling berprestij di dunia. Terokai bagaimana pereka dari Hong Kong ini membina empayar seni surrealis di karpet merah paling berprestij dunia. 

Ini Deretan Busana Direka Khas Oleh Robert Wun Di Met Gala 2026

1. Lisa Blackpink

Bintang paling bersinar malam itu, Lisa BLACKPINK, tampil memukau dalam persalinan sheer putih yang dihiasi ribuan kristal Swarovski. Namun, elemen “tangan ketiga” yang memegang kerudungnya menjadi bualan global, sebuah simbol surrealisme yang menggabungkan estetika futuristik dengan posisi tangan tarian tradisional Thailand. Lisa bukan hanya hadir sebagai ikon K-Pop pada malam gala ini, tetapi sebagai peragaan seni hidup yang hangat diperkatakan.

2. Noami Osaka

Dominasi Wun tidak terhenti di situ. Ikon sukan Naomi Osaka menterjemah drama melalui tema “Feather & Shadow”. Dengan palet warna merah-hitam dan topi lebar ikonik, Naomi kelihatan seperti pahlawan dari dimensi lain.

3. Ananya Birla

Begitu juga dengan Ananya Birla yang tampil kaku namun memukau dalam persalinan busana Wun hasil kolaborasi bersama artis Subodh Gupta, mencerminkan imej futuristik yang memantul cahaya New York.

4. Jordan Roth

Sisi teatrikal diteruskan oleh Jordan Roth yang menggayakan motif tangan dalam versi yang lebih gelap dan gothic.

5. Nichapat Suphap

Editor ternama Nichapat Suphap mencuri tumpuan dengan gaun yang mempamerkan sentuhan tangan perak surrealis pada bahagian tubuh. Sebuah identiti teknikal Wun yang menggabungkan anatomi manusia dengan seni hiasan. Setiap helaian bukan sekadar tentang estetika, tetapi tentang craftsmanship yang mencabar logik akal.

Artikel berkaitan: Semua Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Met Gala 2026!