fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Scha Alyahya Kongsi Kisah Lara Alana dan Lila Amina Sempena Hari Ibu
Obsesi Baharu Pencinta Gaya Hidup: Palette Parade Montigo Dengan Plushie Comel
7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan
Kylie Jenner Dituduh Membuli Penari Dalam Video Muzik Tyga
“Hubungan Saya Dan Suami Ibarat Rakan Sebilik” – Jessica Alba Dedah Realiti Perkahwinan
Home > Gaya Hidup > Nikmati Rasa Warisan “Afternoon Tea” di The Librari

Nikmati Rasa Warisan “Afternoon Tea” di The Librari

The RuMa Hotel and Residences mempersembahkan pengalaman Afternoon Tea terbaharu, Chapters of Heritage Afternoon Tea di The LIBRARI.

Sebagai sebuah destinasi bandar yang diinspirasikan daripada warisan Malaysia, The RuMa terkenal dengan kebolehan menyulam budaya dalam rekaan, layanan dan sajian. Chapters of Heritage Afternoon Tea hadir sebagai kesinambungan falsafah ini bagi meraikan tradisi sambil menafsirkannya semula untuk generasi hari ini, serta menawarkan sebuah pengalaman mesra Malaysia yang mewah namun penuh emosi.

Hidangan warisan minum petang

Keunikan pengalaman ini bukan sahaja pada hidangannya, tetapi pada setiap langkah sejak tetamu melangkah masuk. Dari instalasi sangkar burung yang ikonik, arca Kebayaku yang memberi penghormatan kepada budaya tempatan, hinggalah ke ritual membasuh tangan dan layanan sopan penuh adat semuanya dirancang untuk membangkitkan rasa istimewa. Kemuncaknya, sajian manis dan sedap dihidangkan di atas papan congkak buatan tangan juga simbol perjalanan yang meraikan warisan dan kenikmatan.

Menu istimewa ini diolah dalam lima bab iaitu Savoury, Sweet, Artisanal Scones, The Trolley Delights, dan Artisan Chocolate Pralines. Setiap satunya menampilkan sentuhan klasik teh petang yang diberi identiti Malaysia daripada entremet berperisa kelapa, pandan dan gula Melaka, hinggalah scones hangat yang dipadankan dengan kaya buatan sendiri serta marmalade oren lestari.

Sorotan lain termasuk praline kopi Tenom serta pilihan praline unik berinspirasi daripada cita rasa tempatan seperti Sweet Laksa, Cendol dan Crunchy Peanut. Setiap set turut disempurnakan dengan mocktail menyegarkan, manakala pada hujung minggu, tetamu boleh menambah kemewahan dengan hidangan Beef atau Salmon Wellington, sama ada sebagai pilihan tambahan atau dalam set The Grand Volume untuk dua orang.

Bagi meraikan pelancaran ini bersempena musim Hari Kebangsaan, The LIBRARI menjemput tetamu untuk hadir dengan pakaian tradisional. Dari 11 September hingga 10 Oktober, tetamu berpeluang menikmati promosi eksklusif “Double the Indulgence” – dua untuk satu bagi Chapters of Heritage Afternoon Tea, menjadikan ia cara penuh makna untuk menghormati warisan bersama-sama.

📍 Lokasi: The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences
🕑 Waktu: 2:30 PM – 5:00 PM setiap hari
🍴 Harga:

  • The Prelude (1 pax) – RM158 | Harian

  • The Grand Volume (2 pax) – RM348 | Sabtu & Ahad sahaja

Artikel Berkaitan: Hidangan Mewah Tahun Baru Di The RuMa Hotel and Residences