fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Akses: G-Dragon Bersiap ke Chanel Cruise 2023
Lagi Gambar di Festival Filem Cannes 2015
10 Momen Ikonik Billie Eilish Di Permaidani Merah
Gaya Cara Delevingne Sewaktu Promosi Filem Paper Towns
Selena Gomez Dinamakan ‘People of The Year’, Imbas Momen Fesyennya 2020
Home > Fesyen > Seri Gaya Raya Dengan Tas Tangan Oleh Kate Spade New York

Seri Gaya Raya Dengan Tas Tangan Oleh Kate Spade New York

Serlahkan gaya Aidilfitri tahun ini dengan koleksi tas tangan musim bunga 2025 oleh Kate Spade New York, tas tangan Deco dan Grace sebagai pelengkap best look raya untuk digayakan.

Kate Spade New York, label yang cukup terkenal dengan rekaan feminin lagi kontemporari, kini memperkenalkan Koleksi Spring 2025 yang memancarkan pesona serta nada ceria. Koleksi yang dihadirkan adalah beg tangan ikonik jenama ini, tas tangan Deco dan Grace yang merupakan tumpuan utama untuk musim ini. Kedua-dua himpunan koleksi membawa keindahan tersendiri, lantas serasi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 

Tas Tangan Deco Dan Grace Oleh Kate Spade New York Tampil Memukau Syawal Ini

Tas tangan Deco dari koleksi Spring 2025 menggabungkan ketukangan yang halus serta DNA jenama yang direka bentuk dengan estetika moden, tas tangan yang praktikal lagi bergaya. Beg ini mengusung reka bentuk menarik dengan perincian quilted yang terinspirasi daripada gaya Art Deco, turut menampilkan huruf K yang sebagai simbol jenama. Siluet berbentuk segi empat dengan rantai silang boleh ditukar, menonjolkan kemasan mewah dengan fabrikasi kulit dalam rona coklat, hijau pistachio ais, kelabu gelap dan hitam. Selain itu, turut dihadirkan juga dalam material sulaman lubang pada kulit dan tweed berwarna pastel yang lembut.

Manakala tas tangan Grace pula menjerit elemen minimalis yang menawan. Ia merupakan tas tangan yang menjadi ruji jenama ini sejak sekian lama, namun dikemas kini kepada desain dan siluet yang lebih kontemporari. Pochette yang elegan dan beg bahu bernada timur-barat ini hadir dalam palet warna neutral musim kini seperti kelabu gelap dan krim. Rona pastel seperti ais pistachio juga boleh menjadi pilihan buat penggemar warna lembut. Dengan ketukangan yang teliti, tas tangan Grace menyerlahkan butiran yang cukup clean dengan pemegang bulat yang halus. Lantas, menjadikan tas tangan ini pilihan yang variati dan sesuai digayakan tanpa mengira waktu. Kedua-dua koleksi Deco dan Grace boleh diterokai di butik Kate Spade New York, sebagai sentuhan sempurna dalam menyerikan pada gaya musim perayaan kali ini.

Artikel Berkaitan: Terokai Pop-up Girang Kate Spade New York Fall 2024 Di The Exchange TRX