fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecantikan Yang Diamalkannya
Editor GBC Mencuba 5 Produk Korea “Viral” Untuk Anda!
GBC Eksklusif Backstage : Rossa, Another Journey The Beginning
GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Best Face Oil
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malaysia
Home > GLAM Beauty Club > GBC Beauty Radar > GBC Get Ready With Me Bersama Fasha Sandha

GBC Get Ready With Me Bersama Fasha Sandha

GLAM isu Jun/Julai 2023 menampilkan selebriti popular, Fasha Sandha sebagai wajah muka depan majalah kami kali ini. Ayuh tonton video balik tabir bersama wanita ini.

Seorang yang cukup peramah dan ceria walau penggambaran bermula awal pagi. Penulis mendekati wanita ini, ternyata Fasha Sandha memiliki kulit wajah yang amat mulus. Rambut panjang hitam berseri menarik perhatian kami. Jurusolek terkemuka, Khir Khalid, memilih untuk bermain dengan teknik solekan mata smoky untuk Fasha manakala Ckay memilih untuk melepaskan sahaja rambut wanita ini yang sememangnya cantik menawan.

Tonton video GLAM mengikut wanita ini bersiap untuk penggambaran muka depan majalah GLAM ini…

Tentang Fasha Sandha… 

“Hi dear, you can call me later, sambil makeup untuk ke Business Awards, kita borak-borak. Tapi kalau nak betul-betul fokus, I am free tomorrow.” Begitulah pesanan ringkas daripada Fasha apabila saya bertanya bila dia selesa untuk saya membuat call interview. Always humble dan mesra orangnya.

“Tipulah kalau I cakap tidak penat, and yes, Aidil pernah menasihati saya untuk take a break sekejap, tapi pernah sekali saja dulu, mungkin kerana dia pun faham saya memang begini. Lagi-lagi kalau ada tawaran yang sukar saya tolak, contoh seperti satu naskah yang cukup menarik dan membuat saya mahu terlibat dalam naskah tersebut. Saya akan berfikir, this character is good, sayangnya kalau ditolak. And I enjoy membawa watak antagonis, ia lebih mencabar. Jadi kesudahannya I postponed rehat itu, saya bercakap kepada Aidil tidak mengapa sayang, nanti-nantilah baru rehat. Selagi I mampu dan mempunyai tenaga sekarang saya akan buat sehabis mungkin.”

Dapatkan naskhah GLAM di pasaran untuk ikuti kisah lanjut kisah wanita ini.

Pautan Berkaitan: Fasha Sandha; In Her Prime