fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Keperitan Dilalui Sinead O’Connor 18 Bulan Sebelum Pemergiannya
10 Pasangan Selebriti Malaysia Pilihan GLAM
Fizo Omar Timang Seorang Lagi Puteri
Tahniah! Jehan Miskin Timang Putera Sulung
Gelombang Influenza 2025: Ini Simptom & Cara Lindungi Diri Sebelum Terlambat
Home > Gaya Hidup > Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000

Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Didenda RM30,000

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Zul Ariffin kembali mencuri perhatian peminat selepas tujuh bulan berdepan dengan kontroversi yang mencalarkan namanya.

Semalam, Zul Ariffin didenda sebanyak RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada 18 Mac lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang.

Hadir memberi sokongan adalah teman rapatnya dan Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai yang turut berada dalam bilik mahkamah sepanjang hampir satu jam perbicaraan berlangsung.

Pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan tenang dan sempat meluangkan masa menjawab segala pertanyaan daripada rakan media sebaik sahaja prosiding selesai.

Foto: Kosmo

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse