fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Perfect Date: Mierul Aiman dan Nadhir Nasar, Pelakon Projek: High Council
Putera Harry Dedah Persamaan Meghan Markle & Mendiang Puteri Diana
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Sejarah Hitam Tiga Permata Milik Monarki Britain
Roanne: Inspirasi Kreatif dengan Visi dan Teknologi
Home > Gaya Hidup > Sendiri, Buah Tangan Baharu Anuar Zain

Sendiri, Buah Tangan Baharu Anuar Zain

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Agak lama pelantun lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain menyepi daripada industri muzik tanah air.

Kerinduan peminat sedikit terubat apabila video Anuar Zain membuat persembahan di majlis resepsi anak buahnya, Ernie Zakri bersama Syamel awal April lalu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, dia dilihat mendendangkan lagu istimewa, Sesucinya Cintamu buat pasangan pengantin baru. Begitu merdu dan syahdu sehinggakan Ernie tidak mampu menahan daripada menitiskan air mata!

Dan kini setelah tiga tahun menyepi, Anuar mengumumkan buah tangan baharu buat peminat iaitu lagu berjudul Sendiri, ciptaan komposer muda Farouk Roman dan lirik oleh penyanyi, Aisha Retno.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse