fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
A-List GLAM: Nina Sabrina Ismail Sabri
Fenty Puma by Rihanna Kembali Ke Minggu Fesyen Paris
Halloween 2017 Disambut Dengan Lebih Meriah Oleh Adele, Nicki Minaj & Ramai Lagi
Street Style Minggu Fesyen Paris S/S 2019
GLAM Persona: Bay & May Ready To Rule 2023
Home > Fesyen > Fail Fesyen Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35

Fail Fesyen Anugerah Juara Lagu 35 #AJL35

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Detik bermakna buat tiga pengkarya muzik, Kaka Azraff, Noki dan Loca B yang muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi. Lagu GILA hasil kerjasama bersama Ezra Kong itu, telah diangkat sebagai lagu terbaik dengan penyampaian persembahan yang sangat bertenaga. Penyanyi dan pemuzik hebat lain, seperti Aina Abdul, Hael Husaini, Dato’ Jamal Abdillah, Zizi Kirana, Ernie Zakrie antara yang turut memenangi dalam kategori masing-masing. Apakah ramalan AJL35 anda tepat?

Selain berdebat tentang vokal, penghasilan lagu dan mutu persembahan, fesyen yang memeriahkan AJL35 juga menjadi perhatian. Kerana disinilah landasannya untuk anak-anak seni menghasilkan dan menunjukkan ‘taste’ masing-masing. Fesyen peserta serta barisan pengacara AJL juga merupakan sebahagian daripada tunggak AJL bagi melengkapi persembahan serta mempamerkan hiburan yang berkualiti.

Di AJL35, finalis kebanyakkannya menggunakan khidmat stylist, makeup artist dan pendandan rambut bagi menghasilkan imej yang diingini, selaras dengan konsep persembahan. Setiap finalis yang bertanding, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada krew-krew GLAM mereka untuk merangka imej-imej tertentu, bagi menepati konsep dendangan lagu.

Siapakah finalis AJL35 yang kami kira paling stylish juga punya ‘konsep’ kali ini?

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse