fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selamat – Hadiah Sebenar Bagi Yang Menanti Anda Lebaran Ini!
All New S Pen
Kate Spade New York Meraikan Pencapaian Wanita Malaysia
GLAM Kongsi 5 Tip Wellness Untuk Gaya Hidup Sihat Sempurna
Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan
Home > Gaya Hidup > Phoebe Waller-Bridge & Donald Glover: The New Brangelina?

Phoebe Waller-Bridge & Donald Glover: The New Brangelina?

Phoebe Waller-Bridge dan Donald Glover akan membintangi siri drama baharu yang akan diadaptasikan daripada filem ikonik lakonan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Mr. and Mrs. Smith.

Pasti ramai yang masih mengingati filem Mr. and Mrs. Smith lakonan dua nama besar Hollywood pada tahun 2005, bukan? Filem aksi ikonik yang dibintangi oleh Angelina Jolie dan Brad Pitt itu akan diadaptasikan kepada siri drama televsiyen eksklusif oleh Amazon Prime Video dan New Regency. Pelakon Fleabag, Phoebe Waller-Bridge dan artis yang juga dikenali sebagai Childish Gambino, Donald Glover akan bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk menggantikan pasangan Brangelina sebagai tunjang utama.

Donald Glover telah membuat pengumuman melalui akaun Instagram, yang telah dikongsikan oleh Phoebe Waller-Bridge dan ketua Amazon Studios, Jennifer Salke sendiri. Dia telah menggelar kedua-dua pelakon itu sebagai ‘dream team’ melalui satu kenyataan rasmi. Selain menjadi pelakon utama, Phoebe Waller-Bridge dan Donald Glover juga merupakan penerbit eksekutif untuk projek baharu ini.

Bakat milik kedua-dua bintang ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Phoebe Waller-Bridge adalah penulis untuk siri Fleabag, Killing Eve dan juga filem James Bond terbaharu, No Time to Die. Manakala, Donald Glover pula adalah penulis untuk siri Atlanta yang telah memenangi pelbagai anugerah. Dia guna telah memenangi empat kategori di Anugerah Grammy 2019 melalui lagu ‘This Is America’.

Filem Mr. and Mrs. Smith mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang ditugaskan untuk membunuh pasangan masing-masing. Penggambaran filem ini dikatakan menjadi detik mula percintaan antara Angelina Jolie dan Brad Piit yang dikenali sebagai Brangelina. Filem itu telah berjaya mengutip US$500 juta di seluruh dunia.

Siri televisyen ini akan ditayangkan pada tahun hadapan di Amazon Prime Video.

Baca lebih lanjut: 4 Trend Hiasan Dalaman Perlu Anda Cuba Tahun Ini