fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Diari Cantik Bersama Angel
4 Perkara Menarik Tentang Rhode Summer Club
5 Petua Hindar Kulit Kering Semasa Puasa
Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Home > Cantik > Angelababy Duta Baru Dior Makeup

Angelababy Duta Baru Dior Makeup

Aktres terkenal China, Angelababy terpilih menjadi jurucakap baru bagi Dior Makeup di China. Dia yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Paling Popular di Chinese Film Media Awards ke-13. Dan lima tahun dahulu dia mencipta sejarah pabila filem yang dibintanginya ‘Mojin: The Lost Legend’ berjaya menguntip kutipan pecah panggung RMB1.6 bilion., yang mana dia juga dijulang sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Dior melihat pesona dan cita rasa fesyen Angelababy menjadi antara faktor mengapa mereka memilih bintang dengan jumlah pengikut paling banyak di Weibo (sosial media China) yakni seramai 100 juta pengikut. Dia seorang yang punya tarikan tersendiri dan dia juga seorang punya keyakinan diri yang tinggi menurut Dior. Kerjasama ini akan menyaksikan Angelababy menggunakan pengaruhnya dalam menebarkan kreativti dalam solekan, baik dalam stail yang elegan juga penuh glam. 

Angelababy adalah campuran Cina dan Jerman, dan dia pernah membesar di Jerman sebelum berhijrah ke China pada usia 13 tahun.