Emosi Ultra Mewah Code 11.59 by Audemars Piguet
Audemars Piguet tidak memerlukan pengenalan. Keunggulanya dalam mencipta jam tangan ultra premium diperakui sejajar kualiti yang dipaparkan. Dengan tag line baru, Born in Le Brassus, raised around the world, Code 11.59 by Audemars Piguet adalah bukti nyata keunggulan jenama ini.
Pelancaran komprehensif dengan koleksi lengkap 13 seleksi dicipta tanpa membataskan jantina, ia sempurna digayakan oleh lelaki mahupun wanita. Koleksi terbaru ini, meliputi empat model self-winding dengan penunjuk tarikh, perpetual calendar, dua self-winding flying tourbillons, tourbillon openworked, aminute repeater supersonnerie, dan empat self-winding chronographs.
Berbicara mengenai rekaan unggulnya, Code 11.59 by Audemars Piguet direka dengan kombinasi middlecase berbentuk oktagon dengan case bulat. Tidak sekadar oktagon, ia menghembus perspektif dan pengalaman optik baru, dengan menggunakan kristal intan double curved yang mencipta ilusi lengkungan. Code 11.59 by Audemars Piguet dilengkapi dengan Kaliber 4401, fungsi flyback yang membolehkan kronograf re-start tanpa perlu menghentikan atau resetting. Case belakang pula melengkung memberikan komposisi optimum yang membolehkan anda menikmati keselesaan pada pergelangan tangan yang berbeza. Code 11.59 by Audemars Piguet melaungkan erti sebenar sempadan masa, geometri dan jantina dengan berpaksikan semangat keagungan anggun rekaan kontemporari.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

