fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Deko Ruang – Dekorasi Hitam & Putih
Gabungan Seni Bina Kontemporari Dan Reka Bentuk Dalaman Pantai Yang Memukau
5 Online Shop Deko Lokal
Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai
10 Seni Bina & Destinasi Romantis Dunia
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman > Jom Sanitasi Tangan & Kediaman Anda Dengan Tanamera

Jom Sanitasi Tangan & Kediaman Anda Dengan Tanamera

Ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti memakai topeng muka apabila berada di luar, kerap membasuh tangan dan mensanitasikan tangan. Namun, pemilihan sanitasi tangan juga penting bagi memastikan kekotoran benar-benar hilang. Selain menghapuskan bakteria, bahan pencuci kimia dan sanitizer juga mengandungi bahan-bahan toksik seperti phenol, formaldehid, triclosan, dan pelarut petroleum – semuanya mampu merosakkan sel-sel, membran mukus, organ-organ penting dan sistem saraf. Sistem imun yang lemah juga bermakna bahawa tubuh kita tidak dapat melindungi diri daripada alahan, jangkitan, dan strain bakteria dalam jangka panjang.

Untuk memecahkan kitaran kuman ini, Tanamera telah melancarkan Surface Sanitizer baru, yang dirumus menggunakan semua bahan semula jadi dan bebas daripada alkohol, peluntur, wangian buatan, pewarna, pengawet, phthalates, dan petrokimia. Pembersih yang berkuasa dan bertindak pantas itu berkesan dalam masa 1.5 saat selepas semburan, selamat dan lembut untuk kulit bayi.

Antara kandungan terbaik digunakan adalah Colloidal Silver, minyak pokok teh dan minyak pati Lavender. Sanitizer ini sesuai digunakan di permukaan seperti tempat duduk tandas, permainan kanak-kanak, gajet, meja dan kerusi dan semestinya tangan anda. Layari tanamera.com.my untuk informasi lanjut.