Destinasi – Pakar Permukaan Alami
Cosentino kini muncul peneraju global dalam permukaan inovatif dengan hampir 110 ruang pamer seluruh dunia. Bermula dari sebuah bengkel di Almeria, Sepanyol, jenama ini membangunkan koleksi Silestone yang melancarkan Cosentino sebagai perintis permukaan Quartz, kedua-duanya telah mula mengembangkan teknologi mereka sendiri menggunakan batuan semula jadi.

Kini, Cosentino berpusat di Sungai Buloh merupakan ruang pamer terbesar di Asia. Ruang interaktif baru ini menyuarakan sentimen mesra alam termasuk ruang pamer lain di seluruh dunia, dan menggunakan perabot tanpa plastik.
Yang Istimewa
Ruang pamer berkeluasan 46,607 kaki persegi, Cosentino Centre menawarkan himpunan kemasan terbaik yang berkualiti daripada quartz, marmar, granit, batu semula jadi, batu kapur dan travertine berkilat menonjolkan ajnas warna, tekstur, dan ira semula jadi. Untuk membantu meningkatkan kebebasan kreatif pereka dalaman dan arkitek, tiga jenama di bawah nama Cosentino – Silestone®, Dekton® dan jenama premium Sensa® bakal mencetuskan inspirasi dengan kombinasi bahan, konfigurasi dan reka bentuk yang berbeza. Sama ada gaya klasik atau kontemporari, permukaan inovatif dan berteknologi jenama ini mampu memenuhi keperluan projek sama ada kediaman mahupun komersil.
Di Mana?
Cosentino berlokasi di Jalan TSB 8, Taman Industri Sungai Buloh, 47000 Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.cosentino.com/en-my/
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

