Kecapi Kulit Cerah Berseri
Impian memiliki kulit wajah cerah berseri bukan lagi satu dilema. Apatah lagi dengan pemanasan global, gaya hidup yang sibuk dan pencemaran yang menjadi punca utama kepada kulit kusam. KOSÉ tampil dengan memperkenalkan produk pencerahan berteknologi hasil dari penyelidikan bersama Kurume University School of Medicine.

One By Kosé Melanoshot White adalah serum pencerahan yang pertama di Jepun, yang dihasilkan oleh Kosé menerusi analisis 3D pada pembentukan bintik gelap. Penyelidikan ini menemui hasil bagaimana untuk menghentikan proses pembentukan melanin yang tidak diingini di sumbernya dengan mengkaji pemindahan melanosomes dari melanosit hingga epidermis sel. Uji kaji yang dilakukan menemui formula paling berkuasa untuk mengurangkan dan menghapuskan bintik gelap pada sumbernya dengan berkesan dengan gabungan empat intipati unik yang bertindak secara langsung pada bahagian dalam kulit yang menghasilkan pigmentasi. Konsentrasi melanin dihalang daripada menjadi gelap. Jelas, kulit cerah berseri bisa tercapai dari saat ia digunakan.
Tiga ciri terpenting:
Asas yang sangat halus mudah larut ke dalam kulit yang kering dan yang membolehkan formula menyebar dengan mudah ke seluruh kulit.
Kulit menjadi lembut, cerah berseri usai aplikasi. Hasil boleh dilihat pada kulit yang licin dan berseri selepas setiap pengunaan.
Empat inti pati berkuasa dan unik menghasilkan tindakan langsung di sumber untuk mengurangkan pengeluaran melanin pada akar, mencegah pigmentasi kulit yang tidak dikehendaki.
https://www.instagram.com/p/B9ytGzapCcQ/?utm_source=ig_web_copy_link
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

