fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Clash de Cartier : Cita Rasa Dua Karakter Berbeza, Satu Rekaan
Song Hye-kyo Sebagai Wajah Asia Pertama Guerlain
Palet Baru Kat Von D Ibarat Magis
Wangian Pilihan Terhangat
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama
Home > Berita > Spray Tangan Pencegah Coronavirus

Spray Tangan Pencegah Coronavirus

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan yang boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus. Seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi aspek mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan dengan air dan sabun semata-mata tidak semestinya memberi kebersihan secara menyeluruh. Penggunaan seperti bahan pencuci tangan (hand sanitizer) juga amat berguna demi membasmi bakteria yang mungkin ada di permukaan kulit tangan. 

Untuk tangan yang bersih secara segera di mana sahaja, Neal’s Yard Remedies ada penyelesaiannya. Semburan anti-bakteria organik semula jadi ini menggunakan campuran minyak pati tulen dan witch hazel untuk membantu membersihkan dan melindungi daripada kuman dan virus. Sanitiser mesra kulit ini mampu meninggalkan tangan yang bersih, segar dan halus wangi. 

Neal’s Yard Remedies Organic Defence Hand Spray

Cara menggunakan:

Sembur pada tangan kering dan gosok pada seluruh jari dan telapak tangan.

Awas:

Mudah terbakar. Jauhkan dari haba dan api. Elakkan bersentuhan dengan mata. Bukan untuk penggunaan muka. Jauhi daripada kanak-kanak.