Inspirasi Solekan Merah Sempena Tahun Baru Cina
Just around the corner! Kemeriahan semakin terasa, sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia terus mencipta fenomena. Menurut kalendar cina, tahun ini adalah lambang tikus yang membawa maksud kepada pelindung dan membawa kekayaan. Seperti kebiasaan perayaan, anda pasti turut sibuk dengan mencari ilham solekan terbaik sewaktu beraya. GLAM tampilkan beberapa idea solekan menarik lambang feng shui (aliran positif) untuk tampak menawan di sepanjang hari perayaan.
Steal the look
Merah Mata Menawan

Ilham solekan mata rona merah cetus idea musim panas 2020. Mata tampak lebih galak dan sensual dengan pilihan rona panas.
Gambar oleh Fenty Beauty
Combo Gincu Merah

Gincu merah penyelamat di kala waktu suram. Sesuai jika dipakai sewaktu di musim perayaan. Malah, memberi keyakinan di sepanjang hari.
Gambar backstage Moschino Musim Panas/Bunga 2020
Layangan Magis Pemerah Pipi

Dikatakan penyeri wajah! Pemerah pipi seringkali membangkitkan mood tidak kira masa dan tempat. Pilihan rona merah jambu atau jingga pastel pasti buat mata nakal terpandang!
Gambar backstage Jason Wu Musim Panas/Bunga 2020
Mata Galak Penghias Wajah

Sesuai bagi anda yang kurang bulu mata. Pilihan maskara jenis volumize bulu mata membuat anda kelihatan lebih yakin dan pada masa yang sama tampak sensual.
Gambar oleh Fenty Beauty
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

