fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Aktor Hollywood Menawan Yang Kini Berstatus Bujang
Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun
Datin X : Suami Gila Seks
Kenali Izza Atirah, Wanita Pilihan Aazief Khalid
Libur – Percutian Hujung Minggu Lost World of Tambun, Ipoh
Home > Personaliti > Harry & Megan – No More ‘His/Her Royal Highness’

Harry & Megan – No More ‘His/Her Royal Highness’

Isu penarikan diri Putera Harry dan Meghan Markle dari institusi kerabat Diraja England nyata mengejutkan dan masih diperkatakan sehingga kini. Berikutan daripada isu itu, Istana Buckingham  baru-baru ini telah membuat satu pengumuman mengenai penarikan semula gelaran Diraja yang diberikan kepada Harry dan isteri.

Putera Harry, 35, dan Meghan Markle, 38,  khabarnya kini tidak lagi memegang gelaran Diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas Diraja, mahu hidup berdikari serta inginkan kehidupan yang lebih bebas. Meghan pula khabarnya sudah kembali ke negara asal kelahirannya iaitu Kanada. Namun kedua mereka masih kekal memegang gelaran the duke and duchess of Sussex. 

Menurut kenyataan Istana Buckingham menerusi kenyataan Ratu Elizabeth II, mereka juga dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant), iaitu wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor bernilai anggaran 2.4 juta euro (kira-kira RM10.8 juta).

Namun, Ratu Elizabeth menjelaskan mereka tetap akan disayangi oleh seluruh kerabat Diraja. “Harry, Meghan dan anak mereka Archie akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan saya akan sentiasa menyayangi mereka,” jelas Ratu Britain, Elizabeth II dalam satu kenyataan.

Cover image photo credit: Daniel Leal-Olivas/Agence France-Presse — Getty Images