Alami Wajah Berseri Dengan Decorte
Apabila bicara sahaja tentang krim asas solekan, masalah cakey digeruni ramai. Krim asas yang ringan dan mempunyai formular perawatan wajah seperti kalis minyak dan melembabkan kulit adalah idaman produk semua wanita.Nah, kini anda boleh dapatkan kulit wajah sempurna dengan penggunaan produk asas solekan dari Decorte. Siri terbaru Decorte, AQ membawa rangkaian pelbagai produk asas solekan yang mampu memberi impak wajah mulus berseri. Dirumus menggunakan 3 bahan semulajadi , Mucuna Birdwoodiana Stem Extract, White Birch Water serta Night Bloom Cereus adalah bahan asas yang bermanfaat bagi keimbangan lapisan dalam kulit dan relaksasi pada wajah.
Rangkaian AQ ini terdiri daripada krim asas solekan , bedak asas,bedak tabur, serta produk kecantikan kulit AQ. Istimewanya krim asas solekan AQ ini, mempunyai bahan kolagen sekaligus membantu menganjalkan kulit wajah agar sentiasa tampil anggun.Teksturnya ringan pada kulit wajah, dengan sekali sapuan sahaja anda akan berpuas hati akan efeknya yang berpanjangan. Lengkapkan lagi solekan anda dengan gabungkan krim asas AQ bersama bedak asas AQ. Menggunakan rumusan semulajadi, bedak asas ini breathable dan boleh digunakan dalam dwi aplikasi basah dan kering. Hebatnya, bedak asas AQ ini mempunyai rumusan perlindungan dari sinar UV dan tidak akan menyumbatkan liang pori anda. Bedak tabur AQ, berfungsi sebagai pelengkap bagi solekan anda bantu mengekalkan kulit cantik dan kekusaman pada wajah.
Untuk maklumat lebih lanjut layari https://www.decortecosmetics.com/.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

