Tengku Mahkota Kelantan Selamat Diijabkabul Bersama Sofie Louise Johansson
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45 tahun selamat diijabkabulkan dengan suri hati pilihannya, wanita yang berasal dari Sweden, Sofie Louise Johansson. Istiadat akad nikah berlangsung dengan selamatnya di Istana Balai Besar disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Istiadat tertutup secara sederhana tersebut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 tetamu terdiri daripada kerabat Diraja dan kenalan terdekat sahaja. Majlis akad nikah baginda bersama pasangan diadakan selepas solat Isyak dan disusuli dengan istiadat perkahwinan. Khutbah nikah pula dibacakan oleh Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad.

Menerusi gambar-gambar yang mulai tersebar di laman-laman sosial, kedua mempelai nampak anggun dan menawan menyarung persalinan dengan varian pastel. Sebelum bersanding, Sofie nampak sangat jelita menyarung persalinan putih.

Yang pasti, rata-rata rakyat memuji perkahwinan diraja baginda yang diadakan secara sederhana menggambarkan sifatnya yang sukakan kesederhanaan.
Saksikan kemeriahan dalam kesederhanaan majlis perkahwinan baginda dan isteri menerusi gambar-gambar tersebut.
Untuk mengenali lebih dekat siapakah Cik Puan Sofie Louise Johansson, tekan pautan ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Yaya Zahir Jadikan Larian Lebih Daripada Sekadar Hobi
Jul 24, 2026
Miu Miu Signatures: Kod Denim Yang Nyata Ikonik
Jul 24, 2026
Samsung Rasmi Lancar Siri Galaxy Z Yang Baharu
Jul 24, 2026
Kulit Berseri Bermula Dengan Ritual Body Care Yang Tepat!
Jul 24, 2026
Trik Rahsia Solekan ‘Unreal Glow’ Zendaya
Jul 24, 2026
Keanggunan Baharu Louis Vuitton Terserlah Menerusi Koleksi Idylle Blossom
Jul 23, 2026
Kami Cuba Barrier Restore Therapy di AsterSpring
Jul 23, 2026

