fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gucci & Warisan Horsebit: Ikon Yang Sentiasa Hidup
Selebriti Bergaya Dengan Girl Chanel Bag
The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!
Aksesori “Bag Charms” Menjadi Trend Fesyen Terkini
Ikon Fesyen: Michelle Violy Harper
Home > Fesyen > Natalia Vodianova, Face of World Cup, Memegun Orang Ramai di Moscow

Natalia Vodianova, Face of World Cup, Memegun Orang Ramai di Moscow

Supermodel Natalia Vodianova dan bekas pemain bola sepak Jerman Philipp Lahm memeprsembahkan Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Luzhniki, Moscow
Gambar Matthew Ashton – AMA/Getty Images

Dunia menahan nafas beberapa saat sebelum Perancis meraih kemenangan menentang dark horse pusingan ini, Croatia dalam pertarungan sengit Piala Dunia FIFA 2018 malam tadi. Walaupun Perancis berjaya membawa pulang piala yang menjadi idaman 32 negara bertanding, supermodel Rusia Natalia Vodianova meraih kemenangannya sendiri.

 

Dipilih mewakili Rusia untuk mempersembahkan piala 19 karat tersebut, Vodianova tampil menawan dengan gaya pilihannya yakni mini-dress jemeki berona emas rekaan Louis Vuitton, persis piala tersebut, yang dilengkapkan dengan barang kemas Chopard daripada koleksi High Jewellery seperti subang emas putih bertatah zamrud dan berlian, gelang tangan platinum dengan berlian potongan ashoka. Vodianova juga mengenakan seutas jam tangan daripada Koleksi Imperiale.

 

“Saya merasa bangga untuk berada di sini dan menyaksikan perlawanan akhir yang memberangsangkan dan membawa masuk piala ini ke dalam stadium untuk detik yang penuh bersejarah,” ujar Vodianova melalui Instagram.