fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sidang Kemuncak Forbes Asia, Vivy & Neelofa Ke Manila
Mahkota Berlian Ariana Grande Dilelong RM22,000
Pelakon & Usahawan Ternama Fazura Lancar Album Perdana: FAZURA
Dokumentari Pereka Fesyen Ikonik Alexander McQueen Yang Ketiga
Top 10 Model Paling Popular Di Instagram Untuk Tahun 2017
Home > Uncategorized > Gigi Hadid Merasa Sangsi Terhadap Hubungannya Bersama Zayn Malik

Gigi Hadid Merasa Sangsi Terhadap Hubungannya Bersama Zayn Malik

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar Darren Gerrish/WireImage

Membuat keputusan untuk mengumumkan perpisahan mereka sendiri melalui Twitter, Gigi Hadid (23) dan Zayn Malik (25) kini di ambang bersatu semula ikutan beberapa insiden yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Atau ini mungkin juga situasi di mana kedua-duanya masih keliru akan perasaan masing-masing?

 

Hadid dan Malik telah berkongsikan pengkahiran hubungan mereka pada bulan Mac dan selepas pengumuman tersebut dibuat, beberapa perkara berlaku yang membuatkan orang ramai mula berspekulasi yang mereka kini sudah kembali bersama.

 

Pada 20 April 2018, kelibat Malik dilihat keluar daripada kediaman Hadid di New York memakai baju yang sama untuk dua hari berturut-turut. Tidak lupa juga insiden di mana mereka dilihat bercumbuan di jalanan kota New York baru-baru ini yang dilaporkan oleh TMZ sendiri.

 


Sekali lagi, semua ini mungkin hanya dua individu yang masih lagi keliru dengan perasaan mereka. E! News juga melaporkan bahawa Hadid sendiri menyatakan yang dia masih lagi belum bersedia untuk bersama bekas teman lelakinya itu semula.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse