fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Memo Olfaktori
Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM
Tribute Virginie Viard Untuk Coco Chanel
Gaya Rambut Zendaya
Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati
Home > Cantik > Siapakah Wajah Terbaharu Pat McGrath?

Siapakah Wajah Terbaharu Pat McGrath?

 

Siapakah yang menyertai barisan duta-duta jelita Pat McGrath? Cassie! Penyanyi Me & U ini bakal sertai skuad Kim Kardashian sebagai wajah terbaharu jenama kosmetik gergasi ini.

 

Seorang mogul kecantikan, Pat juga merupakan jurusolek tersohor Hollywood — hampir semua wajah selebriti ternama telah dihias oleh sentuhan ikonik beliau. Rangkaian mekap keluaran beliau juga merupakan “alat” pelengkap gaya yang digemar oleh gadis-gadis millennial di seantero dunia!

 

Jika dahulu Kim Kardashian mendapat spotlight sebagai wajah buat rangkaian  #InTheMirror keluaran jenama itu, kali ini giliran Cassie pula, bersama rekaan rona terbaharu Pat McGrath — Lust: MatteTrance Lipsticks dalam Omi, McMenamy dan Obsessed.

 

“Buat debut Cassie sebagai #McGrathMuse dalam siri ikonik #InTheMirror kami, keunikan kecantikan semula jadi beliau membenarkan kami melaksanakan rupa wajah yang bersih, segar bersama wing halus di mata, supaya fokus keseluruhannya ke rona bibir digilap LUST: MatteTrance Lipstick baharu kami,” ulas Pat.

 

 

P/S: Jika kamu dengar secara teliti video di atas, nyanyian latar belakang itu adalah dari single terbaharu Cassie bersama G-Eazy, berjudul Love a Loser. Ianya merupakan lagu pertama beliau dalam 10 tahun!