fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Koleksi Mewah ‘Regal Raya’ Larney Sempena Aidilfitri 2022
GLAM Next: Shalma Eliana Writing Her Own Tempo
Versace Core Collection, Bingkai Moden Menepati Gaya
Lady Gaga Goes Classy Untuk Koleksi Tiffany HardWear
20 Stail Terbaik Di Festival Filem Cannes Setakat Ini
Home > Fesyen > Nafas Baru Panthère de Cartier Untuk Wanita Sofistikated

Nafas Baru Panthère de Cartier Untuk Wanita Sofistikated

Cartier menggamit rasa nostalgia dengan pelancaran semula koleksi Panthère daripada tahun 80-an dengan nafas yang baru untuk disesuaikan dengan golongan wanita moden dan sofistikated.

 

Berbeza dengan pendekatan Cartier sebelum ini yang boleh dikatakan pakar dalam menonjolkan diri mereka dengan koleksi unisex, memastikan koleksi Panthère kali ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada golongan wanita.

 

Pelancaran koleksi ini buat kali pertama adalah di bawah nama ‘Santos D’ sebelum ditukarkan kepada Panthère kerana gerakan dan ilusi yang dihasilkan oleh jam tangan ini menyerupai kucing besar itu. Dengan rona warna emas, perak, dan bertatahkan berlian, Cartier Panthère is one elegant cat.

 
[envira-gallery id=”69431″]

“Ia jelas bahawa kami memerlukan manifesto yang kukuh untuk wanita dan daripada kami mereka jam tangan yang baru, ia lebih bermakna jika kami melancarkan semula sesuatu yang mempunyai potesni untuk menjadi ikon arloji wanita sekali lagi,” terang pengarah komunikasi dan pemasaran global Cartier, Arnaut Carrez.

 

Carrez tutur menerangkan ciri-ciri utama jam tangan ini sebagai berani, sofistikated, feminin tetapi tidak girly.

 
[envira-gallery id=”69432″]

Beberapa perubahan telah dilakukan kepada koleksi baru ini seperti fungsi kalis air dan keteguhan gelang jam tangan tersebut juga telah dinaik tarafkan.