Lilitan Asmara Oleh Cincin Serpenti Viper Bulgari

Bulgari muncul dengan koleksi cincin baharu yang meraikan legasi arkib mereka. Cincin Serpenti Viper ini membawa simbol unik kepada pencinta Bulgari dengan melestarikan rekaan bersifat ular yang melilit jemari indah wanita. Inilah cincin yang dapat mentafsirkan rasa sensual wanita dalam gaya perkasa.
Ular sudah lama menjadi haiwan yang cukup sinonim dengan Bulgari. Maka tidak mustahillah, Bulgari terus menjadikan ular sebagai sumber idea utama untuk koleksi cincin mereka. Kali ini, Bulgari menjadikan ular kapak sebagai inspirasi mereka. Bagi masyarakat purbakala Rom, ular kapak ini membawa simbol kekuatan, sensual serta keabadian mutlak. Maka daripada tiga simbol inilah para artisan Bulgari mendapat ilham untuk melancarkan koleksi cincin Viper di bawah payung himpunan Serpenti. Cincin Serpenti Viper meraikan legenda Bulgari yang mahukan wanita tampil penuh sensual dalam barang kemas mereka. Apatah lagi dengan pemilihan rona indah yang menjadi DNA rumah barangan kemas Itali ini.

Kraf tangan artisan Bulgari amat penting dalam memupuk legasi Serpenti yang mula diperkenalkan pada era 40-an. Saban tahun, sejak koleksi Serpenti ini diperkenalkan ia sentiasa dihembus dengan cita rasa baharu dan para artisan Bulgari juga diberikan kepercayaan untuk memastikan legasi koleksi Serpenti kekal dengan rekaan yang bersifat organik. Bulgari juga percaya pada artisan mereka yang bijak dengan seni pertukangan. Ia jelas kelihatan pada seni lilitan ular yang diadaptasi untuk menghasilkan cincin koleksi Viper ini. Biarpun digarap dalam material metal mewah, namun cincin Viper masih punya nilai fleksibel apabila disarungkan pada jari. Rekaan geometri yang dicedok daripada bentuk ular kapak diserikan dengan butiran berlian yang indah bergemerlapan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

