Kérastase Spécifique Penyelesaian Kepada Masalah Rambut Anda
Penjagaan rambut merupakan satu rutin yang boleh menenangkan seseorang itu jika dilakukan dengan cara yang betul. Namun proses menjaga rambut kadang-kadang boleh menjadi satu beban terutamanya jika kamu tidak mempunyai masa melakukannya.
Dengan kerjaya dan kehidupan di bandar yang dipenuhi dengan pelbagai faktor yang menyumbang kepada kerosakan rambut, kamu tidak harus alpa dalam menjaga kulit kepala yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan rambut.
GLAM menampilkan rangkaian penjagaan rambut dan kulit kepala Spécifique baru daripada Kérastase yang menggunakan teknologi terkini untuk mengenal pasti masalah rambut mu dan membantu mengatasi masalah tersebut.
Pelancaran semula rangkaian Spécifique ini telah melangkaui batasan sains dengan melaraskan pembersihan anti-pencemaran paling bermutu dan sains kulit kepala yang berasaskan molekul pembaikan-skinceutical dan Kompleks pelindung AOX.
Dengan menggunakan rangkaian ini, rambut kamu ibarat dilahirkan semula dengan kesegaran dan kesihatan yang berpanjangan.
Untuk mendapatkan rambut selembut sutera yang sihat dan anjal, anda hanya perlu mengikuti tiga langkah yang mudah:
LANGKAH 1:
Pembersihan Anti-Pencemaran

Masquargil
Tahap pertama dalam langkah ini adalah: Masquargil. Masker yang menggunakan tanah liat untuk mendapatkan pembersihan kulit kepala secara mendalam dengan membersihkan pori dan membuang minyak, zarah, dan peluh. Ini akan mengaktifkan metabolisme pada kulit kepala kamu.
*Ini hanya boleh didapati di salon yang menggunakan Kérastase.
[envira-gallery id=”66587″]
Tahap kedua pula menampilkan Spécifique BAIN yang terdiri daripada lima jenis mengikut keadaan kesihatan rambut dan kulit kepala.
LANGKAH 2:
Urutan Penjagaan Yang Melegakan

Masque Hydra-Apaisant
Langkah ini pula melibatkan Masque Hydra-Apaisant yang merupakan krim gel yang dicipta untuk urutan kulit kepala lebih efisien.
Untuk langkah ini, kamu harus mengurut kulit kepala selama tiga minit agar ia boleh melembapkan serta melegakan kegatalan pada kulit kepala.
LANGKAH 3:
Pemikronan Rawatan Sensitif
[envira-gallery id=”66588″]
Dengan menggunakan Cures Intensive dalam langkah terakhir ini, kamu berupaya untuk mengatasi masalah kulit kepala dan pencegahan daripada berulang lagi dengan molekul Scalpceuti- cal dan Kompleks AOX.
Jikalau dibuat di salon, Micronizer digunakan seperti berus udara untuk memastikan aplikasi lapisan yang seragam pada kulit kepala.
*Ini hanya boleh didapati di salon yang menggunakan Kérastase.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026
