fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Destinasi Baru Butik Kecantikkan Tom Ford
GLAM Deko Kediaman – Inspirasi Timur Tengah
Libur – Debut Asia One & Only Desaru Coast
Trend – Fleksibiliti Rutin Moden
Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Banglo New Jersey, Muhammad Ali Bakal Dijual

Banglo New Jersey, Muhammad Ali Bakal Dijual

 

Rumah lagenda tinju dunia, Muhammad Ali di New Jersey, Amerika Syarikat mungkin akan dijual atau disewakan.

 

Banglo lima bilik tidur dan lima bilik mandi ini didiami Muhammad Ali pada tahun 1971 sehingga 1974, ketika kerjayanya berada di prestasi kritikal.

 

Ejen hartanah, Lucy Simone memberitahu Fox News, banglo ini telah diubah suai dengan sedikit suntikan Tuscan ketika Ali mendiaminya.

 

Hanya 20 minit dari Philadelphia, pinggir Bandar Southern New Jersey, Cherry Hill, kawasan yang popular dengan komuniti kekeluargaan. Malah, The Courier-Post melaporkan, apabila Ali berada di dalam rumah, jiran-jirannya akan membunyikan loceng untuk mendapatkan autograf.

 

Hartanah ini memiliki kolam renang di laman, gelanggang tenis dan bola tampar, permukaan lantai jubin yang boleh dipanaskan di dapur dan taman atrium.

 

Muhammad Ali dilahirkan di Louisville, Kentucky. Rumah merah jambu, rumah zaman kanak-kanak Ali membesar kini Muzium Memorial Muhammad Ali,  sering menjadi kunjungan peminat fanatiknya. Ali juga mempunyai aset hartanah di Illinois, Florida, Pennsylvania, dan Michigan. Ali menghabiskan tahun terakhirnya di Arizona.