fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Penjagaan Tanaman Dalam Pasu
GLAM Deko Tips – Penjagaan Kertas Dinding
10 Rekaan Katil Terindah Pernah Dilihat!
Libur – Kembara Eksotika ke Sri Lanka
Pengalaman A Once-In-A-Lifetime Wedding Gaya Shangri-La
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Galeri DEKO > Sinergi Kuning

Sinergi Kuning

yellow 21. Dresser kayu berlaci, Caravan daripada Kalon Studios. www.lullabuy.co.uk 2. Pembakar roti Morphy Richards dengan fungsi empat keping pembakar sekaligus. 3. Sofa Jonah, rekaan James Harrison untuk made.com 4. Kerusi swivel base comeback oleh Patricia Urquiola untuk Kartell. Ada di Space, The Intermark. 5. Lampu meja Nostroma.

 
Warna kepada bunga, sitrus dan pancaran matahari terik, kuning menyemarakkan tenaga positif di kediaman. Ketahui tip berguna menghias menggunakan warna menyengat ini.
 
1. Rise and Shine
Kuning adalah pembangkit selera makan selepas warna oren atau jingga. Padankan kemasan lembut, tirai atau langsir kuning polos dalam nada lembut di panel tingkap kaunter dapur. Pasti pagi anda tampil lebih ceria dan bersemangat untuk memulakan hari mendatang.
 
2. Titik Fokal
Walaupun berada dalam spektrum warna pop hangat, cetakan corak penuh mampu membangkitkan seri warna ini. Pilih corak kertas dinding; geometri, abstrak atau lakaran seni bina untuk kamar kecil atau ruang tamu utama. Padanan warna kuning dan putih atau kuning dan beige tidak pernah silap.
 
3. Aksesori
Jika masih ragu, boleh mulakan dengan pilihan aksesori seperti pasu, lukisan alam, pinggan mangkuk atau barisan kusyen. Biarpun, kelihatan kecil namun pilihan aksesori yang betul dan kena gaya mampu menyuntik sensasi berbeza.