fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Paparazzi Pecah Masuk Rumah George dan Amal Clooney Untuk Foto Kembar
Tuduhan Palsu Terhadap Beyoncé Dibidas Oleh Publisisnya
Sebuah Meme Di Twitter Antara Rihanna dan Lupita Nyong’o Bakal Menjadi Kenyataan
Blogger Terus Dikritik oleh Editor Ternama
Gigi Hadid Hamil, Apa Kata Ibunya?
Home > Uncategorized > David Bowie Meninggal Dunia

David Bowie Meninggal Dunia

Oleh: Mujahid Saddam

 

David BowieGambar: TPGVIP

 
Penyanyi legenda British, David Bowie meninggal dunia setelah bertarung dengan kanser selama 18 bulan. Berita tersebut disahkan oleh anak lelakinya, Duncan Jones di akaun Twitter miliknya serta laman web rasmi penyanyi itu.
 
“David Bowie meninggal dunia secara tenang hari ini dikelilingi ahli keluarganya setelah 18 bulan bertarung dengan kanser. Walau anda turut sama berkongsi kehilangan ini, kami meminta anda untuk menghormati privasi keluarganya di waktu duka ini,” demikian kenyataan rasmi dikeluarkan wakil keluarga Bowie.
 
Jumaat lalu menyaksikan pelancaran album ke-25 Bowie bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-69. Album yang digelar “Blackstar” itu mendapat pujian hebat dari pengkritik muzik.
 
Bowie meninggalkan balu, peragawati terkenal Iman serta anak perempuan, Alexandria Zahra Jones dan anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, Duncan Jones.