fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Millennial It-Girl: Puteri Afzan Shakira
#PillowChallenge: Anne Hathaway Paling Win
“Orang ramai harus berhenti dari membandingkan saya dengan ibu.” – Kayda
9 Pemuzik Generasi Baru
Farah Ann Abdul hadi, Golden Girl: Gimnas Jelita Permata Negara
Home > Personaliti > Pereka Duo Rodarte Bakal Arah Filem

Pereka Duo Rodarte Bakal Arah Filem

Derek Blasberg, Kate & Laura Mulleavy Host the NYC Premiere of "THE TWO FACES OF JANUARY"Gambar: TPGVIP

 
Pereka duo Kate dan Laura Mulleavy yang merupakan pengasas kepada jenama Rodarte bakal mengarahkan filem pertama mereka bertajuk “Woodshock”. Berita itu dilaporkan oleh Hollywood Reporter.
 
Filem itu berkisar tentang paranoia yang dialami oleh seorang wanita selepas mengambil dadah. Ianya bakal dilakonkan oleh teman rapat mereka, Kirsten Dunst. Pemilihan aktres itu bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan hubungan baik yang terjalin sekian lama. Dunst sering tampil dalam persalinan jenama itu serta pernah menghiasi kempen mereka.
 
Skrip asal filem turut ditulis pereka dua beradik itu dan ianya sudah mula dihasilkan sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini, pengalaman mereka dalam penghasilan filem adalah menerusi rekaan kostum untuk filem Black Swan dan kini dilihat bakal mengikut jejak langkah Tom Ford yang turut dikhabarkan bakal mengarahkan filem kedua.