COVID-19: Miss England 2019 Gantung Gelaran Demi Khidmat Di Tanah Air
Memenangi mana-mana gelaran pertandingan Ratu Cantik bukan hanya memerlukan paras menawan semata, namun personaliti serta kerelaan hati memberi semula untuk komuniti dan masyarakat setempat. Itulah pengorbanan yang perlu diambil oleh Bhasha Mukherjee, yang kembali menggunakan stetoskop yang digantungnya sementara, untuk bersaing bagi membawa pulang gelaran Miss England 2019 yang dimenangi pada Disember tahun lepas.

Selepas memenangi gelaran Miss England 2019, Bhasha diundang ke beberapa negara untuk melakukan kerja-kerja amal yang telah disusun oleh penganjur seperti di Afrika, Turki, India, Pakistan dan beberapa negara Asia lain selaku duta kerja kebajikan.

Namun dikhabarkan, Bhasha banyak menerima mesej daripada rakan sekerjanya di Pilgrim Hospital, Timur England, meluahkan keadaan semasa yang semakin kritikal dan kekurangan kakitangan. Kemudian, tanpa membuang masa Bhasha membuat keputusan untuk menghubungi hospital dan memaklumkan ingin kembali bertugas dengan segera.

Ulas Bhasha kepada CNN, beliau merasa kurang wajar untuknya bergelar Miss England dan melakukan kerja amal sedangkan satu dunia termasuk tanah airnya sedang bertungkus-lumus dan bergelut melawan virus itu.
“Saya membuat keputusan untuk pulang ke England dan terus berkhidmat. I need to get home now. Naluri saya kuat mengatakan, inilah tujuannya saya berkelulusan ijazah, untuk menjadi orang penting ketika ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan dan membantu apa yang saya mampu.”
Credit foto on the top: (Mercury Press) | Sumber: CNN
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
