Dekati Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi

Dekati Gimnas Negara, Farah Ann Abdul Hadi

Oleh: Mujahid Saddam
 

Farah Ann5_Farah Ann dalam GLAM edisi Januari 2016. Gambar: ERIC CHOW/BLINK STUDIO Arahan Seni: ASHURA HAKIM Penata Gaya: YANA BAHARUDIN

 

Kecantikannya mempesona, semangatnya dipuja. Farah Ann Abdul Hadi memancar gaya anggun dalam bait bicaranya, setanding lagak aksi gimnastiknya di persada dunia. Dekati gimnas kebanggaan negara ini yang terus mara walau ditimpa komentar negatif.

 
Bagaimana anda mendefinisikan diri sendiri?
Seorang yang penuh motivasi, ramah dan sukakan pengembaraan. Namun kadangkala saya juga seorang yang cemerkap.
 
Tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
Telefon bimbit saya.
 
Your guilty pleasure?
Oh saya gemarkan dessert!
 
Definisi kecantikan pada anda?
Penuh keyakinan serta bahagia dengan diri sendiri, juga punya kebaikan hati.
 
Lagu yang menjadi runut bunyi kehidupan anda?
Kehidupan saya punya pasang surutnya, oleh itu saya merasakan lagu medley dari Katy Perry yakni Roar dan Brave paling secocok buat saya.
 
Memori manis di bangku sekolah?
Sewaktu umur 15 tahun, saya menyertai pementasan drama Cinderella. Paling melucukan adalah watak lelaki dimainkan oleh rakan perempuan saya dan begitu juga sebaliknya. Saya memegang watak sebagai Putera Raja dan ianya merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan! Kami juga layak ke pertandingan akhir dan saya turut membantu dalam pengarahan pementasan drama yang diadaptasi dari buku sastera Bahasa Inggeris. Akhirnya kami berjaya merangkul tempat pertama!
 
Habit anda yang menjadi kebanggaan?
Saya sering hadir latihan tepat pada waktunya.
 
Perkara yang buat anda jatuh cinta pada gimnastik?
Being able to be both elegant and strong. Juga keupayaan untuk melakukan lagak aksi.
 
Jika anda boleh memilih kemahiran selain gimnastik, apakah pilihan anda?
Keupayaan untuk terbang!
 
Farah Ann2
 
Celebrity crush?
Saya harus katakan Theo James!
 
Buku terakhir yang dibaca?
Sedang menikmati Through the Ever Night oleh Veronica Rossi dan baru sahaja selesai trilogi Shatter Me oleh Tahereh Mafi.
 
Karakter filem idaman?
Saya sukakan kekuatan yang ditonjolkan Tris dalam filem The Divergent Series. Juga keberaniannya untuk tampil berbeza.
 
Andai punya kuasa untuk mengubah dunia, apakah ia?
Perubahan sebenar hanya akan berlaku jika punya pengaruh ke atas keputusan penting yang dilakukan.
 
Nasihat terbaik pernah diterima?
Setelah berusaha keras, perkara terakhir yang anda perlukan adalah kepercayaan terhadap diri sendiri dan yakin bahawa impian tersebut boleh dicapai.
 
Nasihat untuk wanita?
Your self worth is not determined by anyone other than yourself. Jadilah seorang yang boleh dibanggakan.
 
Tonton video di sebalik tabir bersamanya.
 

See also
Detik Belakang Pentas Victoria's Secret Fashion Show 2017

 
Ikuti perkembangannya di laman Instagram @farahann94.