10 Perpisahan Selebriti Tahun 2016 - Glam Malaysia

10 Perpisahan Selebriti Tahun 2016

Oleh: Nur Sofea
 
Gambar: TPGimage dan Arkib GLAM
 
Tahun 2016 sudah hampir ke penghujungnya dan tahun ini sahaja sudah dipenuhi dengan berita perpisahan selebriti yang mengejutkan ramai peminat. Tahun ini menyaksikan perpisahan pasangan baik yang telah lama bersama mahupun yang baru sahaja beberapa bulan menjalinkan hubungan. GLAM senaraikan 10 perpisahan selebriti tahun 2016 ini.
 
-Hollywood, CA - 08/05/2015 By The Sea Opening Night Gala Premiere AFI FEST 2015 -PICTURED: Angelina Jolie Pitt, Brad Pitt -PHOTO by: Sara De Boer/startraksphoto.com -SDL_0873 Startraks Photo New York, NY For licensing please call 212-414-9464 or email sales@startraksphoto.com
 
Angelina Jolie dan Brad Pitt

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan pasangan ini pada beberapa hari yang lalu. Angelina Jolie memfailkan penceraian terhadap suaminya, Brad Pitt atas alasan “tidak ada persefahaman”. Ada khabar angin mengatakan Brad Pitt sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon Perancis namun dakwaan itu disangkal oleh pelakon itu sendiri.
 
t71215789_max
 
Amber Heard dan Johnny Depp

Pada bulan Mei, Heard telah memfailkan cerai terhadap Johnny Depp selepas lebih setahun berkahwin. Heard turut menuntut spousal support dari Depp malah turut menuduh Depp telah menderanya sejak mereka bercinta empat tahun yang lalu.
 
t71796452_max
 
Taylor Swift dan Tom Hiddleston

See also
Kenali 9 Billionaire Termuda Dunia Dibawah Usia 40

Taylor Swift dan Tom Hiddleston menjalinkan hubungan tidak lama selepas Swift berpisah dengan Calvin Harris. Namun hubungan Swift dan Hiddleston tidak bertahan lama selepas penyanyi “Blank Space” memutuskan hubungan mereka pada awal September lalu. Swift dikatakan tidak selesa dengan publisiti besar-besaran tentang hubungan mereka manakala Hiddleston pula mahukan hubungan mereka diketahui umum. Apapun, pasti akan ada lagu terbaru dari Taylor Swift mengenai perpisahan ini.
 
t72597162_max
 
Sofia Richie dan Justin Bieber

Selepas bercuti di Mexico bersama, Justin dan Sofia memutuskan hubungan mereka. Mereka telah menjalinkan hubungan selama enam minggu dan hubungan mereka juga mendapat tentangan dari peminat yang masih lagi mengharapkan Selena Gomez dan Justin Bieber untuk bersama semula. Bieber bahkan memadam akaun Instagramnya untuk mempertahankan Sofia Richie.
 
t71376828_max
 
Demi Lovato dan Wilmer Valderrama

Selepas enam tahun bersama, Demi Lovato dan Wilmer Valderrama akhirnya mengumumkan berita perpisahan mereka di Twitter pada Jun lalu. Dalam satu kenyataan rasmi dari Demi Lovato, “Kami sedar yang kami lebih baik menjadi kawan baik.”
 
t70331251_max
 
Ariana Grande dan Ricky Alvarez

See also
Audemars Piguet Memberi Tribut Rekaan Berusia 40 Tahun Mereka

Penyanyi “Into You”, Ariana Grande dan penarinya, Ricky Alvarez berpisah pada akhir bulan Julai. Pasangan ini mula mencetuskan kontroversi pada Julai lalu apabila mereka dilihat berciuman semasa skandal #Donutgate Ariana Grande.
 
t70998644_max
 
Chloe Grace Moretz dan Brooklyn Beckham

Pada awal September lalu, Chloe Grace Moretz dan Brooklyn Beckham dikatakan sudah berpisah. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari dua-dua pihak, sebuah majalah hiburan telah melaporkan bahawa kedua-duanya berada di LA pada masa yang sama namun tidak pernah meluangkan masa bersama. Pasangan itu pertama kali bertemu pada Ogos 2014 namun tidak menghebahkan hubungan mereka pada umum  sehinggalah pada bulan Mei tahun ini.
 
t69313398_max
 
Taylor Kinney dan Lady Gaga

Pasangan Lady Gaga dan Taylor Kinney dilaporkan mengakhiri hubungan mereka pada Julai lalu selepas menjalinkan hubungan selama lima tahun.
 
t71065186_max
 
Adriana Lima dan Joe Thomas

Bidadari Victoria Secret ini telap berpisah dari teman lelakinya, Joe Thomas pada pertengah bulan Julai lepas selepas peminat perasan, Adriana memadam semua gambarnya bersama Joe di Instagram malah pergi bercuti ke Greece seorang diri. Walaupun tidak jelas punca perpisahan mereka, terdapat khabar angin mengatakan pasangan ini mempunyai beberapa masalah baru-baru ini. Kali terakhir mereka dilihat pada majlis awam bersama-sama ialah di AMFAR Gala di Perancis pada bulan Mei.
 
t62011770_max
 
Iggy Azalea dan Nick Young

See also
Nikmati Gastronomi Eksklusif Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Penyanyi itu mengumumkan berita perpisahan mereka melauli Instagram hanya setahun selepas mereka mengikat tali pertunangan. Pasangan itu terlibat dengan skandal curang pada bulan Mac lalu dimana Iggy mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dia mengalami kesukaran untuk membina semula kepercayaan kepada Nick.