Hotel Vivier: Penginapan Mewah Dengan Cita Rasa Baharu

Berita, Fesyen

Hotel Vivier: Penginapan Mewah Dengan Cita Rasa Baharu

338

Teks: Yana Baharudin

Gambar : Roger Vivier

 

Sepatu golongan bangsawan dahulu direka oleh mendiang Roger Henri Vivier bersama sahabat, Christian Dior juga Saint Laurent. sedari itu, kasut direvolusi malahan obsesi sepatu Roger Vivier berterusan sehingga ke hari ini termasuklah himpunan musim bunga 2019 ini. Yana Baharudin ke Hong Kong bertemu Gherardo Felloni, pengarah kreatif yang bijak menambah rencah untuk mengikat kesetiaan pencinta kasut dan aksesori Roger Vivier.

“Hari ini wanita lebih poweful. Sebagai pereka yang memberi khidmat kepada wanita, saya cuba sedaya upaya untuk memahami serta mendalami kehendak mereka lalu kemudian merealisasikannya. Oleh itu, musim bunga kali ini Roger Vivier memperkenalkan kitten heels, running shoes buat mengisi kumpulan kasut selesa.” Gherardo Felloni juga merupakan insan yang cukup dekat dengan jenama ini. Biarpun seni bina adalah bidang asas yang dipelajari, hasil kerja Roger Vivier menjadi sumber rujukannya sejak dulu lagi. Bertemu di China Tang Landmark, Hong Kong, himpunan musim bunga 2019 Roger Vivier disampaikan dalam rupa yang berbeza – lebih kontemporari seangkatan dengan rekaannya. Idea asal adalah kerana Felloni sendiri kekok dengan presentation. Lalu, sempena himpunan sulungnya ini dia membayangkan penyampaian yang tidak terlalu kaku dan membosankan.

 

Mengakui seni mempunyai cabang yang luas serta berhubung antara satu sama lain, cintanya pada opera, nyanyian serta perincian antik disampaikan dengan bijak menerusi himpunan ini. Saya sempat bertanya, apakah kefahaman terhadap Roger Vivier barangkali lebih mudah buatnya melahirkan koleksi baru ini? Dan inilah yang sebab utama mengapa saya di sini. Mengetahui secara arif tentang warisan serta menghargainya adalah mudah, namun saya tidak mempunyai alasan yang lebih kukuh sekiranya berlaku sebarang kesilapan. Menghasilkan himpunan buat Roger Vivier perlu ada garis panduan yang membolehkan ia bersatu dengan roh dan selera rumah fesyen ini.” Berjalan dari satu bilik ke satu bilik di Hotel Vivier, setiapnya mempunyai tema yang berlainan. Garden room, Felloni membayangkan wanita itu seperti bunga ditaman namun sekuntum bunga yang melambangkan sifat kewanitaan tersebut berseorangan. Imej ini dilestarikan di Garden Room dengan sosok seorang wanita yang menggubah bunga sendirian. Buat pertama kalinya Felloni juga mewujudkan Viv’ Bling Platform Sandal, serta arkib reben digali dan dihidupkan semula dengan memperkenalkan himpunan Lavalliäre, iaitu himpunan reben yang di adaptasi daripada rekaan arkib era 60-an serta koleksi Jewel Button adalah perincian yang memfokuskan pada butang bejeweled yang sesuai digaya wanita kala siang dan malam hari.

 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *