Janet Jackson Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertamanya - Glam Malaysia

Janet Jackson Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertamanya

Foto: Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

Foto: Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

PENYANYI pop terkenal dan adik kepada mendiang Michael Jackson, Janet Jackson selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 3 Januari (waktu di sana) bersama suaminya Wissam Al Mana.

 

Pihak Janet memberitahu US Weekly bahawa Janet yang berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang komplikasi semasa melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Eissa Al Mana dan sedang berehat di hospital buat masa ini.

 

Foto: INFphoto.com Ref.: infuklo-12/11410

Foto: INFphoto.com Ref.: infuklo-12/11410

Janet dan suaminya berkahwin pada tahun 2012 dan April tahun lepas Janet telah mengumumkan bahawa dia dan suaminya ingin fokus kepada keluarga mereka dahulu lantas menangguhkan konsert jelajahnya.

 

Penyanyi yang sangat mementingkan privasinya itu terus berada di luar radar selepas pengumumannya dan pada bulan September, Janet menunjukkan bentuk perutnya yang menyatakan dia sedang mengandung dengan anak sulungnya semasa membeli-belah di kedai perabot bayi.

See also
Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar

 

Janet menunjukkan penghargaannya kepada peminat-peminatnya di laman sosial medianya setelah lama menyepi pada bulan November tahun lepas untuk menyatakan bahawa dia sihat dan sentiasa mendengar.