Selepas Setahun Berpisah, Brad Pitt Sudah Jumpa Cinta Baru?

Brad Pitt Sudah Jumpa Cinta Baru Dalam Hidupnya Selepas Angelina Jolie?

Walaupun sudah tidak lagi bersama selepas berita perceraian mereka tersebar pada tahun lalu, Angelina Jolie dan Brad Pitt yang pernah diberi gelaran power couple oleh rakyat global masih mengekalkan hubungan yang positif antara mereka demi kesejahteraan enam anak mereka.

 

Foto UPI / Kevin Dietsch

Jika sebelum ini tiada sebarang khabar berita mengenai status hubungan mereka selepas perpisahan yang menyedihkan itu, baru-baru ini Brad telah dikaitkan dengan seoraaktres British Ella Purnell, 21, yang juga mempunyai kaitan dengan Angelina?

 

Laporan turut menyatakan Brad telah jatuh hati denagn Ella melalui lakonan aktres tersebut dalam filem popular 2016 “Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children.”

 

Berita ini mula menjadi perbualan ramai hanya selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Angelina kepada Telegraph, “Saya tidak merasa seronok bersendirian. Ia bukan sesuatu yang saya mahukan. Tiada yang baik mengenai situasi ini. Kadangkala ia akan kelihatan seperti saya boleh menghadapi segalanya, tetapi sebenarnya saya hanya cuba untuk menjalani kehidupan saya. Dari segi emosi, ia merupakan tahun yang sukar buat saya.”

See also
Alexander "The Ripper" McQueen

 

Faktor hubungan antara Brad dan Ella juga dipekruatkan lagi dengan kenyataan Ella sendiri pernah memainkan watak Angelina sewaktu dia masih muda untuk filem kegemaran ramai “Maleficent” pada tahun 2014.

 

Di sebalik semua spekulasi ini, sumber yang rapat dengan Ella telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan sebegitu, Malah hubungan kedua-duanya adalah profesional. Berasaskan laporan In Touch yang menyatakan Brad sebenarnya telah mendekati Ella untuk menyertai sebuah rancangan yang bakal diterbitkan olehnya, “Sweetbitter.”

 

“Brad sudah lama memikirkan Ella untuk watak tersebut dari mula lagi. Dia mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Ella,” nyata sumber tersebut.

 

Tiada sebarang kenyataan rasmi telah dibuat oleh Brad dan Ella sendiri.