Victoria Beckham Dianugerahkan OBE Untuk Khidmatnya Dalam Dunia Fesyen Di Istana Buckingham - Glam Malaysia

Victoria Beckham Dianugerahkan OBE Untuk Khidmatnya Dalam Dunia Fesyen Di Istana Buckingham

From pop princess to fashion maven Victoria Beckham telah banyak berbakti kepada kedua-dua industri ini, terutamanya dunia fesyen dengan jenama eponimnya yang dilancarkan pada tahun 2008 semasa Minggu Fesyen New York.

 

Atas segala usahanya sepanjang 9 tahun ini, Beckham telah dianugerahkan OBE, Officer of the Most Excellent Order of the British Empire, di Istana Buckingham semalam dan telah disampaikan oleh Putera William sendiri.

 

Anugerah ini adalah untuk perkhidmatan Beckham kepada industri fesyen dan telah diumumkan pada December yang lalu melalui Birthday Honors List tahunan sempena hari lahir Ratu Elizabeth.

 

“Saya bangga menjadi seorang British, bebesar hati dan dengan rasa rendah diri untuk menerima OBE saya daripada Duke of Cambridge. Jika anda berimpian besar dan berusaha keras anda mampu mengecapi perkara yang hebat,” nyata Beckham. “Saya berasa sangat gembira untuk berkongsi detik isitimewa ini bersama ibu bapa dan suami saya, tanpa kasih sayang dan sokongan mereka, semua ini tidak mungkin berlaku.”

See also
Netizen China Mengharamkan Gigi Hadid Ke Shanghai?

 

Suaminya, David Beckham, juga telah dianugerahkan OBE-nya sendiri pada tahun 2003 untuk perkhidmatan beliau dalam sukan bola sepak.

 

Beckham yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-43 Isnin ini juga tidak lupa untuk kelihatan chic dengan stail signaturnya daripada koleksi Fall 2017 Victoria Beckham dengan kasut tumit tinggi berona ungu.

 

Wonderful day celebrating with my beautiful family x #BuckinghamPalace #OBE ?? VB

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham) on